Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak,
Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan itu dilakukan kerana suspek
sedang berusaha untuk mengahwini teman wanitanya yang merupakan kakak
mangsa.
Katanya, suspek turut membantu mangsa mengisi
borang permohonan palsu secara manual di rumah remaja itu di Taman Lawan Kuda
Bharu, Gopeng pada 8 Januari lalu.
“Suspek
turut menunjukkan surat tawaran kemasukan konstabel wanita dan memberitahu
lepasan SPM layak untuk ditemuduga tetapi perlu menjalani ujian kesihatan di
hospital kerajaan kira-kira dua minggu kemudian
Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang
lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis
malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal
isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu
turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A.
Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya
ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.
Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar,
suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis
(Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani
temu duga.
Bagaimanapun, penipuan licik suspek akhirnya
terbongkar apabila saudara gadis berusia 18 tahun tersebut membawa surat
berkenaan kepada Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam
pada 5 April lalu selepas merasa curiga.Adik mangsa merupakan lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)..
- KOSMO
No comments:
Post a Comment