Teman Baru dapat info,iaitu satu bantahan besar akan berlaku di serata negara Malaysia .Bantahan yang teman maksudkan adalah seperti dibawah : Hehehe
Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dibuka pada 9 pagi esok selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13, 5 Mei ini.
Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.
Untuk PRU-13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula esok selepas proses penamaan calon.

No comments:
Post a Comment