Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 5 April 2013

Ganas dan Ngeri !!! Petugas BN Cedera di Rempuh ???


Nampak gaya pakatan haram mula menunjukkan belang keganasan mereka. Seorang petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin. 

Ketika kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton Wira yang menuju ke arah mereka. “Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu menuju ke arah kami.

Bimbang kejadian tidak diingini, rakan saya Mohd Sukhri Soyod, 19, menghidupkan motosikal sebelum saya memboncengnya. Rakan saya kemudian memecut hingga tiba satu simpang dan cuba membuat pusingan U. 

“Bagaimanapun, ketika kami hendak membuat pusingan, secara tiba-tiba kereta terbabit merempuh motosikal menyebabkan kami berdua terjatuh ke jalan.

Dalam keadaan kesakitan akibat terjatuh, kami bangun dan lari meninggalkan motosikal di situ sebelum diselamatkan seorang rakan yang kebetulan melalui kawasan itu,” katanya ditemui ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget