Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 5 April 2013

Terkini !!! Ketua Kaum India PKR Permatang Pauh Pula diugut


BUKIT MERTAJAM 5 April - Ketua Kaum India Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, N.Ponnusamy hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan ancaman keselamatan malam tadi.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini pada 11.30 pagi ini.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Ponnusamy percaya ugutan itu ada kaitan dengan kenyataannya dalam sebuah akhbar yang mendakwa kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendalangi isu video melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, beliau menerima ugutan pertama menerusi panggilan telefon pada 8.23 malam tadi yang mahu beliau berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan terhadap Azmin.

"Saya buat tidak kisah sahaja mengenai ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali itu kerana menganggap hanya ugutan biasa, bagaimanapun apabila bangun pagi ini dan ketika mahu menggunakan kereta, saya ternampak satu tulisan menggunakan "pen maker" warna merah yang menulis "cpt (cepat) mungkin dpt (dapat) peluru," katanya.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Nurul Izzah dipercayai didalangi kem penyokong Azmin bagi menghalang penguasaan naib presiden parti itu dan ibunya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam parti itu.

Ponnusamy, 43, dilaporkan turut meminta Anggota Parlimen Gombak itu berhenti menyerang Dr Wan Azizah menerusi Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak kenyataan biadab terhadap Presiden PKR.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah mengesahkan menerima laporan itu dan katanya siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...