Kuala Lumpur ‘Gari saya. Gari saya’. Itu kata seorang pondan yang seolah-olah mencabar anggota polis yang membuat operasi di Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sinil awal pagi semalam.
Operasi Bersepadu pada jam jam 1.30 pagi itu turut disertai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur ( U3K ).
Ketika didekati, pondan berusia 33 tahun yang dipercayai datang ke kawasan berkenaan untuk melakukan kegiatan tidak bermoral pada mulanya cuba melawan, namun akhirnya memberi kerjasama.
Dia antara lima pondan berusia 25 hingga 30 tahun yang ditahan dalam operasi itu kerana berkelakuan tidak sopan.
Penguasa Penguat Kuasa DBKL, Mohd Hisham Izhar, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan mengenai kawasan rekreasi itu yang menjadi sarang golongan dua alam seperti pondan dan gay melakukan aktiviti tidak bermoral.
“Lima pondan itu ditahan mengikut Seksyen 29 Akta 559 Undang - Undang Jenayah Syariah ( Wilayah Persekutuan ) 1997,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi yang sama U3K mengesan sebuah kereta yang menggunakan cukai jalan palsu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, “katanya. Mohd Hisham berkata, U3K turut menyita 18 motosikal dan sebuah kereta atas pelbagai kesalahan jalan raya.
No comments:
Post a Comment