Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 9 April 2013

Gempar !!! Ulama Kata Haram sokong pembangkang PRU13


GURUN - Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sini Islam.
    
Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
    
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
    
"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
    
Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.   
    
Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
    
Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
    
"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).
    
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.
    
Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.
    
"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya.
    
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...