Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.
Walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak satupun mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.
“Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
“Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan,” katanya sinis kepada puak-puak pakatan haram.
No comments:
Post a Comment