Pagi tadi MMI dikejutkan dengan satu berita blogger Dr MiM terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River.Beliau bersama seorang rakan yang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke arah Selatan terbabit dalam kemalangan tersebut seawal jam 6.30 pagi tadi.Baca Sini
Setakat entri ini ditulis dimaklumkan beliau yang sebelumnya di masukkan ke Hospital Slim River kini di pindahkan ke Hospital Pantai pada tengahari tadi.Manakala rakannya dilaporkan stabil dan kini sedang di rawat.
Menurut sumber dikatakan 2 tayar depan kenderaan yang dinaiki oleh Dr MiM dan rakannya tercabut sebelum melanggar pembahagi jalan.Di syaki berlaku unsur kianat dalam insiden tersebut kerana sebelum ini blogger tersebut khususnya pengamal media siber sering saja menerima ancaman dari pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja mereka.
Apa pun satu siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak Polis bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.
2 tayar tercabut secara serentak ? Apa mungkin ada dalang disebalik apa yang berlaku ? Apa yang pasti sebelum ini blogger Dr MiM ada menyatakan akan memberikan satu penerangan tentang satu perkembangan terbaru berikutan satu penemuan berita melibatkan individu sensasi di Pulau Pinang.
Apa mungkin ianya ada kaitan ?? MMI bukan menuduh tetapi sedikit rasa sangsi dengan apa yang berlaku.Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.
MMI mendoakan semoga Dr MiM berada dalam keadaan selamat dan segera sembuh !!
Lagi maklumat dan berita terkini klik SINI
No comments:
Post a Comment