Sungguh menarik!
Berita ini sudah tentu tidak akan keluar di mana-mana media pro-PAS apatah lagi Pakatan Rakyat. Kalau keluar pun, mereka akan segera memutarbelitkan cerita, kononnya gambar ini adalah gambar yang telah diedit dan dipinda dengan menggunakan perisian Photoshop.
Atau dengan nada dan ayat yang lebih standard iaitu UMNO telah merasuah PAS TANAH PUTEH untuk menyokong Najib Abdul Razak dan UMNO keseluruhannya.
Dalam gambar di atas, Bendahari PAS Kampung Tanah Putih, Nazri Musa, mengemaskan banner ucapan tahniah kepada Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.
Ada yang kata ini gambar lama. Ada juga yang kata, Nazri Musa sudah meninggal dunia. Tetapi sesuatu yang menarik ialah, Nazri Musa tidak keluar PAS dan tidak pula dipecat dari parti itu kerana mengucapkan tahniah kepada Najib Abdul Razak.
Yang terlebih-lebih penting, ucapan tahniah adalah kepada Najib Abdul Razak, bukannya kepada Anwar Ibrahim yang amat disayangi oleh puak-puak Anwarinas dalam PAS!
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment