Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 5 May 2013

AKIBAT TERLAMPAU BODOH,teman lelaki hamil 6 bulan !!!!



Ab Rahman


Ab Rahman
SETIU - Lantaran cinta buta dan terlalu percayakan kekasih, seorang wanita menjadi mangsa kerakusan teman lelakinya sendiri selepas dirogol di sebuah bengkel di Kampung Penarik, di sini.


Difahamkan mangsa, 21, dari Kampung Tepoh, Kuala Terengganu yang kini mengandung enam bulan setelah berkenalan dengan suspek, 25, dari Kampung Penarik, pertengahan Mei tahun lalu.



Menurut sumber, kejadian berlaku pada pertengahan Oktober tahun lalu selepas mangsa dijemput suspek di rumahnya kira-kira jam 8 malam dengan tujuan untuk membawa mangsa keluar makan malam.



“Selepas itu, mangsa dibawa suspek ke bengkelnya di Kampung Penarik di sini, kira-kira jam 9.30 malam dan ketika itu, suspek mula cuba merogol mangsa.



“Mangsa dikatakan pada mulanya enggan menuruti kemahuan suspek, tetapi akur selepas diugut mahu memukulnya jika menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga,” katanya.



Kata sumber itu lagi, suspek juga berjanji mahu bertanggungjawab di atas segala perbuatannya menyebabkan mangsa mendiamkan perkara itu.



Dikatakan juga suspek yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak mula berubah sikap dan enggan bertanggungjawab sebaik mengetahui mangsa mengandung.



Katanya, keengganan suspek menepati janji menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 3 petang pada Rabu lalu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata,  suspek ditahan di bengkelnya kira-kira jam 5.30 petang hari sama dan kini direman sehingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...