SUMBER RASMI : PENGGEMPUR MUTIARA
Siang tadi admin ada menyiarkan sebuah klip video yang mendedahkan perangai dan sisi hitam sebenar Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh calon N21 Sungai Acheh (KLIK SINI).
Sungguhpun sudah hampir 10 jam artikel yang dipetik daripada halaman facebook Analisis Politik Terkini (KLIK SINI) itu diterbitkan, sebentar tadi admin kembali semula ke halaman facebook tersebut untuk meninjau- ninjau komen dan pandangan yang dilontarkan oleh pengunjung setianya.
Amat mengejutkan, admin perhatikan masih ada lagi sebahagian individu yang dilihat enggan menerima kenyataan tentang kebenaran yang cuba disampaikan disebalik video itu.
Ada yang mempertikaikan kesahihan video tersebut dan tidak kurang juga ada yang berlagak alim berhujah dengan menggunakan potongan ayat- ayat suci bagi menegakkan benang yang basah.
Berdasarkan komen yang dilontarkan itu, admin berpendapat ia sebenarnya menjelaskan tentang sikap assobiyah yang tertanam di lubuk naluri mereka begitu dalam sehingga sukar untuk menerima kebenaran yang terpampang dihadapan mata.
Selepas itu, admin terus segera melayari youtube channel yang memaparkan video tersebut untuk mengetahui status terkini samada sudah dibuang atau sebaliknya.
Lihat apa yang admin temui di SINI
No comments:
Post a Comment