Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 19 January 2013

Menarik di Langkawi !!!

pix_topright


Oleh Murshid Eunos

JIKA ramai belum tahu, perkhidmatan kereta kabel Langkawi adalah satu destinasi wajib untuk dikunjungi kerana ia adalah antara yang terbaik di dunia!

Sayangnya belum ramai yang sedar fakta itu malah tidak langsung terusik untuk merasainya. Bukan terlepas pandang, cuma publisiti dan pendedahannya saja belum cukup luas.

Fakta itu disokong sendiri Shamsul yang menyifatkan puncak gunung Mat Chinchang bagai berada di sebuah lokasi asing di Malaysia.

“Memang sejak hari pertama bekerja, saya merasakan tempat kerja ini seperti di luar negara kerana cuacanya sejuk dan suasananya yang begitu tenang. Mana tidaknya, jauh hampir satu kilometer di puncak gunung, saya jarang sekali berpeluh walaupun lapangan kerja sebagai seorang jurutera,” katanya tersenyum.

Seterusnya di HMETRO

BILIK GERAKAN SEMUA PETI UNDI BN DUN SUNGAI RAPAT KINI AKTIF ...


Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Mengambilkira arahan ini semua bilik gerakan disemua peti undi Barisan Nasional dalam Dun Sungai Rapat kini mula diaktifkan. Sebentar tadi YB Dato Hamidah Osman selaku Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng telah memberi sedikit taklimat kepada semua yang terlibat dalam peti undi di Kampung Pengkalan Gate.

"Kita bekerja dari mula kita menang pada tahun 2008 sehingga ke tarikh akhir Parlimen dibubarkan tanpa mengira penat dan lelah demi untuk rakyat,"kata YB Dato Hamidah lagi.

"Sebelum ini kita sibuk menyelesaikan masalah rakyat dengan memberi terlalu banyak bantuan daripada makanan, pakaian hinggalah tempat tinggal dan kini tiba giliran kita berusaha untuk mempertahankan negara daripada dirampas oleh pembangkang demi untuk rakyat", kata YB Dato Hamidah lagi.

"Soal siapa calon bagai saya tidak penting yang penting adalah bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mempertahankan kerusi N43 Dun Sungai Rapat yang paling diminati oleh rejim cina DAP", kata YB Hamidah lagi.

SUMBER [SG RAPAT ONLINE]

Bekas Staff Adun DAP kena tangkap menipu duit rakyat..!!!


Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin.

Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.

“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.

“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

SUMBER :MPP ONLINE

Pameran fesyen KONDOM di Melaka.. WTF!!!!!




Apa cerita ni beb??? Kondom fesyen show di Melaka??? Memang tak terjangkau imaginasi gua...

Tak benda lain ke dorang tu nak buat fesyen show? Apa motifnya buat pertunjukan fesyen berasaskan sarung anu semasa buat hubungan seks??

Kepada pihak-pihak terbabit di Melaka tu, tolong la faham sikit dengan sensitiviti umat Islam.. Jangan main lepas je semua benda macam ni..

Nanti kalau ada orang kata pihak terbabit tak buat kerja, tahu pulak nak meroyan marah..

So please la pantau sikit ye... Gaji dah bayar kannnn..., takkan kerja takmau buat kot???

-MPP ONLINE-

Najib jangan jadi penakut lawan Pembangkang.. - Tun Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional tidak mungkin memenangi undi majoriti tetapi masih diberi mandat memerintah kerajaan pusat selepas pilihan raya umum 13 (PRU13).

Menurut Dr Mahathir, beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.

“Kalau PRU katalah merosot lagi, kalau pun menang lagi ia adalah ‘empty victory’.

“Kalau nak perintah negara, saya berpendapat negara membangun seperti di sini perlu pada kerajaan yang berwibawa dan kuat.

“Pemimpin kenalah berani sikit. Kalau pemimpin pun penakut maka habislah,” katanya dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13″ di sini.

Katanya, kerajaan dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.

Beliau berkata, ini jelas dilihat apabila kerajaan tidak berani bertindak menggunakan kekerasan, bahkan terus menghapuskan segala kuasa yang dimiliki seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ini soal kuat dan lemah…Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita .

“Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik,” katanya.

Katanya, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

“Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri.

“Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada…ianya menjadi
lemah,” katanya.

Sementara itu,Dr Mahathir meminta masyarakat Islam berani menegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.

“Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.

“Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah…tapi yg kita tahu kita tak bersetuju,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...