Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 26 December 2012

UMNO parti yang kuat,kukuh!!!


Lumrah dunia,kalau hendak menjatuhkan sesuatu organisasi atau pertubuhan ,perkara yang pertama adalah mesti melakukan serangan ke atas pemimpin tertinggi contohnya presiden parti,kalau tidak berjaya mereka akan cuba melakukan serangan orang-orang yang disekelilingnya sebagai contoh ketua wanita,ketua pemuda atau sebagainya.

Tetapi Umno yang telah berumur sekitar 65 tahun telah menghadapi berbagai tekanan serta cabaran ,namun tiada yang mematahkan semangat untuk UMNO lebih terus berbakti pada Agama ,Bangsa Dan Negara.Umno dengan keanggotaan 3.3 juta orang terus menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang kuat bagi memenangi semula majoriti dua pertiga kerusi Parlimen selepas kehilangan empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Percayalah Rakyat Malaysia,UMNO bukan sebuah parti yang sempurna di mata rakyat,Tetapi harus diingat UMNO sebuah parti yang telah banyak berjasa pada Rakyat Malaysia khususnya,bukan nak riak tetapi itu lah kenyataan nya.Disebalik tekanan yang selalu Umno terima ,UMNO sentiasa berusaha ke arah yang lebih maju,terus berusaha membantu dan membantu rakyat sesuai dengan slogan 1 Malaysia ,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Malah pelbagai transformasi yang sedang dan telah dilaksanakan Perdana Menteri Malaysia,telah berjaya membawa Malaysia ke arah sebuah negara maju berpendapatan tinggi,yakinlah segala usaha yang dibawa pihak kerajaan sentiasa berlatar belakang kan dengan kesesuaian serta penerimaan rakyat tentang sesuatu agenda yang dibawa.

Menurut seorang doktor di Kelantan Kesan positif ketegasan Dato Seri Najib dalam menerajui Umno turut dirasakan oleh Umno di Kelantan, yang kini lebih yakin diri. Malah program transformasi kerajaan oleh Najib juga menyentuh kehidupan semua lapisan rakyat. Ini merupakan bukti sebuah parti politik yang jelas hala tujunya dan wajar mendapat sokongan padu rakyat


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...