Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 23 January 2013

Malaysia Komited sokong Palestin !!


alt

GAZA 23 Jan - Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini bagi menunjukkan tanda perpaduan dan sokongan teguh Malaysia dan rakyatnya terhadap perjuangan Palestin.

Menurut Najib, Malaysia boleh menghantar bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat di Palestin, tetapi lawatan yang diadakan ini sebagai simbol sokongan berterusan kepada Palestin

"Saya harap lebih banyak pemimpin Islam dari seluruh dunia akan melakukan yang sama. Perjuangan ini bukan hanya untuk rakyat Palestin tetapi juga untuk Ummah," katanya pada mesyuarat dengan menteri kabinet Palestin sempena lawatan beliau ke Gaza.

Najib turut melahirkan rasa kagum dengan ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di tanah mereka dan boleh menganggap ia sebagai kemenangan moral yang luar biasa.

Dalam lawatan singkat itu, Najib ditemai isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Semalam,Najib berkata, Malaysia menawarkan bantuan untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Palestin Fatah dan Hamas yang bertelagah.

“Sebuah kerajaan perpaduan adalah bersama antara satu sama lain,” kata Perdana Menteri selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti al-Aqsa di Timur Jerusalem di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...