Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 23 January 2013

pengawal Istana Anak Bukit mati ditembak rakannya


JERLUN: Polis percaya motif kejadian seorang anggota polis pengawal Istana Anak Bukit mati ditembak rakannya, berpunca akibat pertengkaran kecil berhubung tugas, bukannya pertengkaran membabitkan masalah peribadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata setakat ini pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil berhubung tugas dan ia tidak membabitkan soal peribadi kerana itu adalah kali pertama dua anggota polis terbabit ditugaskan bersama selepas suspek melaporkan diri pada 1 April lalu.


“Tidak timbul pertengkaran masalah peribadi kerana hari kejadian adalah kali pertama mereka ditugaskan bersama, mustahil pertengkaran itu membabitkan masalah peribadi, apatah lagi soal cinta.

“Isu ini masalah tugas mereka berdua. Dalam kes bunuh, apa saja boleh berlaku dan kita sukar meramal apa yang akan terjadi. Semua perkara berlaku tanpa diduga,” katanya selepas menghadiri Hari Polis ke-205 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.


Dalam kejadian 26 April lalu, seorang konstabel polis berusia 22 tahun ditemui mati berhampiran pintu utama Istana Anak Bukit selepas ditembak beberapa das oleh rakan setugasnya sebelum suspek berusia 25 tahun melarikan diri menaiki kereta dan ditahan tiga jam kemudian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...