Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 17 January 2013

TUNJUK SAYA DI MANA UNTUNGNYA PAS, KATA MANTAN NAIB PRESIDEN PAS


Saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kenyataan daripada Dato Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Agong PAS Dato Mustafa Ali yang meminta supaya isu kalimah Allah dimatikan sahaja.
Pada prinsipnya saya bersetuju dengan gesaan tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan saya tertakluk kepada perkara-perkara berikut :
a) Sekiranya setiap mereka yang terlibat terutamanya mereka yang mengusulkan kalimah Allah diizin pakai dalam Bible berbahasa Melayu melihat dan memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Negeri yang telah dikeluarkan berhubung dengan isu ini. Semua pihak mesti bersedia mematuhi peruntukan-peruntukan yang sedia ada disamping menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini kerana isu ini berkait langsung dengan permasalahan aqidah.
b) Lim Guan Eng sebagai pihak yang menimbulkan semula isu ini dalam ucapan hari Krismasnya baru-baru ini perlu menarik balik dan memohon maaf sercara terbuka di atas gesaan beliau supaya Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu. Ternyata gesaan beliau itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Negara kita.
c) Semua pihak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan Fatwa yang dikeluarkan sebelum ini diperingkat Persekutuan dan peringkat Negeri mengenai penggunaan kalimah Allah.
Saya menganggap selagi ketiga-tiga perkara di atas tidak dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran selagi itulah isu ini dan lain-lain isu yang berkaitan dengan agama khususnya Islam akan dijadikan modal politik yang akan terus dipolemikkan.
Saya juga ingin menyentuh mengenai tuntutan pihak-pihak tertentu yang saya percaya terdiri daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menuntut supaya Majlis Syura Ulama PAS menarik balik keputusan yang dibuat. Pihak-pihak tersebut telah membuat ugutan untuk memencilkan PAS dalam PRU ke 13 akan datang.
Bagi saya tuntutan dan ugutan seperti ini hanya timbul daripada pihak yang mementingkan tuntutan nafsu jahat bukan daripada kewarasan akal fikiran dan hati yang bersih. Lalu dimanakah untungnya PAS untuk terus berada di dalam sebuah pakatan yang tidak menguntungkan perjuangannya itu.
Seperkara lagi, rakyat sedang menunggu-nunggu respons dan kenyataan rasmi daripada PKR dan DAP terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS. Mengambil sikap mendiamkan diri bukan satu tindakan yang wajar disebabkan kedua-dua parti ini seperti yang diketahui umum mempunyai pandangan yang tersendiri yang bertentangan dengan pandangan rasmi PAS yang berkaitan dengan isu kalimah Allah ini.
Sekiranya pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tersebut mendiamkan diri maka tidak salah bagi rakyat membuat anggapan bahawa sikap sedemikianlah yang akan terus diambil oleh mereka dalam hal-hal seperti ini sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya seperti yang diigau-igaukan itu.
Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-sama memanjangkan jemputan kepada seluruh masyarakat Islam di negeri Selangor khasnya untuk menghadirkan diri mengikuti kuliah khas daripada Prof Dato Dr Haron Din mengenai isu kalimah Allah di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Jumaat 18 Januari, 2013 selepas solat Maghrib.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
16 Januari, 2013
SUMBER:MINAH BRUTAL

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...