Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 2 February 2013

Anok-anok kelate mengamuk di Stadium Putra??



KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 anak-anak Kelantan yang merantau di Lembah Klang dijangka menghadiri Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 17 Februari depan.
 
Bertemakan Gelombang Merah, program diadakan bagi menjalin dan merapatkan silaturrahim antara anak-anak Kelantan selain memupuk semangat setiakawan dan perpaduan sesama mereka.
 
Pengarah program Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman berkata program tahunan itu juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap penaung program, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
 
"Perdana Menteri dijangka akan membuat perutusan khas khusus kepada anak-anak perantau Kelantan," katanya dalam sidang media hari ini.
 
Menurutnya program itu juga turut mengumpulkan pelbagai gabungan badan bukan kerajaan mewakili anak Kelantan yang merantau di sini.

Jelasnya hadirin akan dijamu nasi kawah selain dihiburkan dengan persembahan dikir barat, artis jemputan serta penampilan khas pemain pasukan The Red Warriors.
 
Beliau berkata program diserikan dengan cabutan bertuah berupa sebuah Proton Saga FLX dan dua buah motosikal berjenama Momos.
 
"Untuk maklumat lanjut, peserta program boleh melayari laman Facebook, Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 atau laman Twitter @HPanokkelate172 atau hubungi talian 03-42577009," katanya.  - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...