Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 2 February 2013

Manifesto itu bukan Janji ??



Pengerusinya, Khatijah Mohd. berkata, janji itu terkandung dalam manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 di bawah perkara sosial dan kebajikan rakyat.

Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengapa sehingga kini iaitu selepas empat tahun, belum ada seorang ibu tunggal pun yang menerima elaun tersebut.

"Kami tidak menyangka pembangkang sanggup memainkan perasaan dan kesengsaraan ibu tunggal hanya kerana mahu meraih undi ketika pilihan raya yang akhirnya hanya janji kosong semata-mata," katanya dalam sidang akhbar berkenaan isu tersebut di pejabat PITCB, di sini hari ini.


Terdahulu, kira-kira 200 ibu tunggal sekitar kawasan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat berkenaan bagi menuntut perkara tersebut.

Menurut Khatijah, pihaknya telah menghantar senarai nama ibu-ibu tunggal kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selayang Baru empat tahun lalu namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh selama dua minggu kepada kerajaan negeri Selangor menjawab kegagalan menunaikan janji tersebut.

"Jika kerajaan negeri gagal memberi sebarang jawapan, seluruh kaum ibu tunggal di Selangor akan berarak ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menuntut hak kami dan akan membawa isu ini ke mahkamah," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan turut menyelar kepimpinan Abdul Khalid yang gagal melaksanakan janji kepada golongan ibu tunggal tersebut.

Sohaimi yang juga merupakan penaung kepada persatuan itu turut melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sehingga kini ini tidak melakukan sebarang usaha untuk melaksanakan janji berkenaan. -UM


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...