Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 23 April 2013

PANAS !!! BAPA ALTANTUYA BERCERAMAH DENGAN NADA MENGGERUNKAN !!!





Haaa... Baru ada akal!

Masa buat fitnah tak sedar diri. Konon-kononnya semua orang bodoh dan boleh termakan fitnah yang dilemparkan dengan begitu mudah. Konon-kononnya dia sajalah yang pandai dan tiada sesiapa pun yang dapat melawannya.

Anehnya, segala cakap-cakapnya diterima bulat-bulat tanpa sebarang kesangsian.

Antara cerita yang paling sadis dan paling tidak masuk akal dihebahkan adalah berkenaan kematian kekasih Abdul Razak Baginda yang kemudian dikaitkan dengan Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan pembelian dua buah kapal selam untuk TLDM dari Perancis.

Walaupun semuanya tidak berkait, tetapi kaitan telah dibuat dengan jayanya menggunakan pelbagai kemahiran dan penguasaan termasuklah media, sama ada media konvensional mahupun media sosial. Menariknya, kerana sudah terlalu lama dibiarkan, kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim cukup percaya dengan apa yang ditaburkan buat mereka. Bahkan mereka memanjangkan lagi bicara tersebut dan percaya bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim adalah KISAH BENAR.

Sangkaan Anwar Ibrahim, dan para penyokongnya, bapa Altantuya tidak akan masuk campur dan tidak akan sama sekali membantu Najib Abdul Razak untuk menerangkan perkara sebenarnya.

Ternyata, mereka hanya mampu merancang sedangkan perancangan Allah Taala jauh lebih baik berbanding mereka!

Setev Shiiribu, bapa si mati sebelum ini telah menolak sama sekali cubaan Anwar Ibrahim yang memujuknya agar menfitnah Najib Abdul Razak. Bahkan dengan tegas, dia menolak konspirasi yang diaturkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dngan menyatakan bahawa kematian anak perempuannya itu tidak ada kena-mengena langsung dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Sudah kedengaran, Anwar Ibrahim sedang menggelupur sakan dan mencari-cari jalan untuk menghalang bapa Altantuya daripada datang ke Malaysia dan berceramah di atas pentas Barisan Nasional menerangkan perkara sebenar.

Cubaan menfitnah Setev Shiiribu kononnya dia telah dibayar oleh Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia agar membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya, juga telah gagal memandangkan Anwar Ibrahim dan konco-konconya sentiasa gagal menunjukkan bukti daripada tuduhan mereka.

Apakah Anwar Ibrahim akan menampilkan klon Setev Shiiribu di Permatang Pauh untuk bercakap menurut kehendaknya?

Atau barangkali Anwar Ibrahim telah mengerahkan pembunuh-pembunuh upahannya untuk mencari Setev Shiiribu dan menamatkan riwayat bapa Altantuya itu sebelum sempat dia menjejakkan kaki ke Malaysia dan berucap di atas pentas Barisan Nasional?

Segala-galanya berkemungkinan apabila ianya membabitkan Anwar Ibrahim!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...