Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 24 April 2013

PANAS !!! Pesanan Khas Buat Umat Islam Melayu?! [Penyokong PAS Tak Perlu Baca]!!!


SALAM, Anda mesti masih ragu-ragu untuk memilih PRU 13 nanti. Ingatlah jika anda memilih Pakatan Rakyat, kesaksamaan dan kesamarataan diantara kaum dan agama akan dikuatkuasakan.

Jika sebelum ini terdapat bahagian jawatan-jawatan yang dikhaskan untuk orang Melayu sahaja di dalam jabatan-jabatan kerajaan, kini orang cina dan orang india juga ada hak untuk menduduki jawatan itu. Bayangkanlah jika tender terbuka,temuduga terbuka dijalankan, anda orang melayu perlu bersaing dengan bangsa-bangsa lain untuk merebut jawatan itu tanpa ada keistimewaan anda sebagai anak melayu untuk mendapatkan jawatan itu, siapa yang agaknya akan mampu meraih jawatan-jawatan tersebut?

Berpijaklah dibumi yang nyata dan realistik bahawa anak melayu tidak mampu bersaing dan masih perlu dibimbing, diberi peluang dan dijaga. Bayangkanlah jika jawatan-jawatan Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai tinggi di jabatan-jabatan kerajaan ini diisi oleh orang bukan melayu yang sudah semestinya majoritinya bukan Islam yang sebelum ini dipegang dan dipangku oleh orang Melayu yang memangku dan mentadbir. 

Apa yang akan terjadi? Ingatlah walaupun pegawai-pegawai kerajaan ini sekorup mana sekalipun tetapi mereka masih Islam.Mereka lahir diazankan ditelinga kanan, sekurang-kurangnya dihati mereka masih ada iman setitik dan orang Islam, harta mereka, mereka keluarkan zakat dan cukai berbanding dengan orang kafir hanya mengeluarkan cukai sahaja, mati dalam Islam, jika berdosa dimasukkan ke neraka tetapi akhirnya dimasukkan ke syurga jua selagi mereka mengaku Islam. Berbanding dengan orang kafir yang jelas ke neraka tanpa dimasukkan ke syurga kembali.

Bukalah mata hati pada hari ini bagaimana kerajaan ingin menjaga kemartabatan orang melayu sehingga memperuntukkan jawatan-jawatan tertentu hanya mesti dipegang orang melayu sahaja turun-temurun disamping dengan itu untuk menjaga kerahsiaan negara daripada bocor ditangan musuh-musuh negara dalam dan luar. Bayangkanlah nanti bagaimana jika jawatan-jawatan sulit ini yang memegang banyak rahsia negara dan menjamin keistimewaan orang melayu dibawah jabatannya dipegang pula oleh pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dari bangsa cina dan india dibawah prinsip kesaksamaan dan kesamarataan, apa yang terjadi? bayangkanlah.

Usahlah kita terlalu mudah terpedaya dengan momokan yang digembar-gemburkan bahawa negara ini tidak lagi selamat, banyak rasuah, banyak penyelewengan seolah-olah jika negara ini terus diperintah UMNO, negara ini akan hancur. Ini hanyalah strategi musuh untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemerintah dan seterusnya membangkitkan rakyat untuk memberontak.Yang kita sedia maklum negara kita banyak dicemburui oleh pelbagai pihak. Kita berpijaklah dibumi yang nyata dan sahih, lihatlah disekeliling kita adakah benar dakwaan itu. Jika benar sekalipun itulah hanyalah bingkisan atau ranting yang masih boleh dibaiki melalui didikan semula dengan menghantar pegawai tersebut ke kursus yang boleh dirancang atau penukaran ke jawatan lain, perkara ini masih boleh diatasi, dibaiki dan masih dibawah kawalan.

Memang benarlah orang UMNO itu lebih rendah buruk akhlaknya, tetapi itu orangnya, bukan dasar yang dipegangnya. Dasar Bumiputra dan hak keistimewaan orang melayu tiada dijual beli. Tiada galang gantinya. Hilang kali ini, hilanglah. Tidak dapat merasai oleh anak cucu kita akan datang. Sikap orang boleh kita ubah melalui pendidikan tetapi dasar kita tidak boleh ubah, jika kita ubah kita akan menanggung akibatnya zaman anak cucu akan datang yang tidak berbau. Lihatlah usaha-usaha UMNO untuk memperbaiki semula akhlak buruk ini dari bawah dengan pada hari ini diwujudkan J-Qaf untuk sekolah rendah dan kini diperluaskan ke sekolah menengah. Kita mestilah terima dengan positif dan memberi peluang. Terimalah kesilapan UMNO ini yang telah berlaku dan kini UMNO sedang berusaha membaiki kesilapan-kesilapan lalu dengan perlahan-lahan dalam membekalkan modal insan kepada negara. Dan kini UMNO berusaha menyediakan pelapis-pelapis negara yang celik agama dari bawah lagi, tanpa menggadai sama sekali sebarang prinsip, keistimewaan dan hak orang melayu yang menjadi teras selama ini. Kita mesti perlu tahu mana perkara pokok dan mana perkara cabang. Jika kita mengatakan perkara cabang itu pokok, dan perkara pokok itu cabang, anda telah melakukan tanggapan salah yang sangat besar.

Ketahuilah, perkara pokok itu adalah hak keistimewaan kita di negara kita sendiri, manakala perkara cabang adalah masalah penyelewengan, rasuah, korupsi, kronisme yang masih boleh dibaiki dan diubah. Berbanding perkara pokok iaitu hak keistimewaan kita di negara kita merupakan perkara teras,tapak kepada kita untuk berdiri,agama kita untuk berkembang dan akan diwarisi kepada anak cucu kita akan datang. Jika hilang hak anda ini, anda hilanglah tapak asas untuk anda berdiri dibumi sendiri. Usahlah anda terpedaya dengan kata-kata orang politik kerana sudah tentu mereka bercakap untuk menaikkan diri mereka sendiri. Tiada orang bercakap untuk jatuhkan diri mereka sendiri. Oleh itu anda perlulah nilai dengan mata hati anda sendiri untuk mengelak tertipu dengan melihat sekeliling anda yang realistik dan nyata tanpa ada bayangan khayalan kerana janji-janji khayalan itu hanyalah dari syaitan. Marilah bersama-sama UMNO dalam memperbaiki kepincangan-kepincangan ini kembali. Dan PAS perlulah terus kekal dan konsisten dengan menjadi sebuah kuasa pendesak untuk tujuan mencapai objektif kebaikan kepada negara. Dan dalam masa yang sama kepimpinan UMNO tidak akan mengabaikan kebajikan pendokong-pendokong PAS dan keluarga mereka. Oleh itu, Janganlah PAS mengatakan bahawa Islam menuntut kesaksamarataan antara semua kaum dan agama, dan hudud mestilah dilaksanakan.

PAS perlulah berpijak di bumi nyata, bagaimana tuntutan Islam terhadap kesaksamaan dan keserataan itu berdasarkan landskap kaum dan agama di Malaysia ini? ikutlah suasana dan keadaan di Malaysia ini.Fiqh setempat. Berteraskan realiti pada hari ini. Usahlah bercakap diatas khayalan semata-mata sehingga tanah air pun tergadai dan agama pun tergadai. Dan dasar hudud PAS juga tidak akan dilaksanakan jika pakatan rakyat memerintah Malaysia sekalipun. Saya berani jamin. Terimalah hakikat, PAS perlu bekerjasama dengan UMNO jika benar-benar ingin laksanakan hudud melalui penyatuan semula semua orang Islam yang majoriti orang melayu dengan pendidikan semula dari bawah.

Berbanding dengan jika anda menukar kerajaan, perkara yang utama yang menjadi asas kepada tapak keistimewaan anda sebagai orang melayu ini akan hilang dan disama ratakan dengan bangsa-bangsa lain.Fikirlah sedalamnya dua keadaan yang berbeza ini samaada anda ingin menukar kerajaan yang akhirnya anda akan kehilangan hak anda sebagai orang melayu dibawah kesamarataan semua kaum dan agama ATAUPUN anda ingin mengekalkan kerajaan sedia ada yang telah menjamin selama 55tahun ini hak anda sebagai orang melayu dan Islam terjaga dan terpelihara.

Cubalah realistik dengan melihat semula dengan apa yang telah anda perolehi dan kecapi selama ini. Adakah ia datang bergolek dari Allah semata-mata? Allah tidak memberi jika tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh Allah. Berpijaklah dibumi nyata, janganlah mendabik dada kononnya ini semua pemberian dari Allah kepada anda dan keluarga anda tanpa melihat penyebabnya dan usaha sang pemerintah yang berusaha kearah itu.Jika hilang semua yang anda kecapi pada hari ini, barulah anda terngadah tercari-cari semula penyebab yang menjadikan kehidupan anda aman selama ini. Dan disaat itu, saya jamin anda tidak mampu lagi mengembalikan apa yang telah anda kecapi selama ini. Usahlah menjadi seperti pepatah orang tamak “seperti anjing dengan tulang”. Janganlah jadikan PRU pada 5.5 ini sebagai petanda genap 55 tahun Malaysia aman dibawah UMNO dan Malaysia tidak aman lagi selepas 55 tahun ini. Dan janganlah doakan petanda yang berlaku di Kelantan baru-baru ini, dimana sebaik sahaja Najib meninggalkan majlis di Kelantan, ribut bagaikan taufan yang datang yang merosakkan kerusi,meja dan kanopi sebagai petanda awal jika sebaik sahaja Najib meninggalkan tampuk pemerintahan negara ini nanti, kekacauan dan ketidakamanan lagi di Malaysia berlaku.

Dan juga janganlah jadikan Teori RAHMAN itu berjaya dalam masa terdekat ini, yang mengikut seorang pengkaji, Malaysia akan aman dan dimurahkan rezeki dibawah 6 orang pemimpin ini sahaja berdasarkan maksud RAHMAN itu sendiri dalam bahasa arab bermaksud pemurah. Selepas 6 orang pemimpin ini, tiada lagi pemurah dan Malaysia tidak lagi aman, menurut pengkaji tersebut. Okay lah, berbalik pasal tadi, Cuma tinggal anda sahaja perlu menggerakkan dakwah-dakwah jika benar-benar anda pendokong-pendokong dakwah Islam. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Asalkan anda tidak ekstrem dan menentang kerajaan secara melampau anda bebas bergerak di bawah demokrasi UMNO. UMNO akan bantu. Siapa yang tidak marah bila anda ekstrem dan mengutuk dan mengeji seseorang secara melampau?anda mengutuk dan mengeji perompak pun, perompak akan marah anda walaupun dia benar sungguh merompak, silap haribulan anda ditembak mati katak macam itu sahaja. Begitulah juga dengan pemimpin, mereka juga ingin menjaga air muka mereka, maruah mereka. Sekali dua boleh la mereka berdiam tetapi kalau anda jaja sana sini, siapa yang dapat tahan dengan sikap tiada adab dan tidak bertindak keatas anda. Adakah anda sangka pemimpin Pakatan Rakyat tidak sebegitu? Adakah pemimpin pakatan rakyat itu sikap terbuka, memberi kebebasan untuk rakyat bersuara dan memberi peluang mengeji mereka jika mereka membuat silap?jika anda jawab Ya, bermakna anda silap.

Berpijaklah dibumi nyata, tiada seorang pun yang ingin dicemuh sebegitu hatta pencuri dan perompak sekalipun. Lihatlah bagaimana jika anda mengatakan PAS mengamalkan demokrasi dan ketelusan dalam bersuara, jika benar-benar PAS telus dan demokrasi kenapa perlu memecat Timbalan Presiden Nasaruddin, dan Hassan Ali? Tiada ruangkah untuk mereka bersuara dan berbeza pendapat dalam parti PAS?Manakah kebebasan hak dan bersuara yang dilaung-laungkan sebelum ini? Jika dalam pentadbiran PAS yang kecil itupun tidak boleh hendak atasi dan hadapi, bagaimana pula hendak tadbir Negara Malaysia yang sudah tentu mempunyai pelbagai pemikiran dan fahaman. Mungkinkah nanti yang tidak sehaluan dengan pemikiran dan fahaman PAS akan dipenjarakan atau dibuang negara?fikir-fikir dan renungkanlah..lihatlah bagaimana UMNO dalam menghadapi perselisihan pendapat dan fahaman ini, contoh seperti Dato’ saifuddin Ahli parlimen Temerloh dilihat lebih cenderung kepada pakatan rakyat, mereka dilihat lebih matang dan meraikan perbezaan-perbezaan ini. Jika berbeza, mereka hanya diam dan meraikan sahabat dan lawan yang pendapat berbeza. Tetapi tidak pada PAS, berbeza pendapat, riuh sekampung seperti ayam berkokok dan berbunyi selagi tidak menang kepada diri sendiri dan lawan tidak mengalah.adakah ini yang nabi ajarkan?begitulah juga yang telah berlaku dalam PKR dan DAP. Janganlah anda fikir politik Islam itu terletak pada kopiah, serban, solat, kezuhudan yang dipakainya, tetapi politik Islam melangkaui semua itu. Politik Islam itu lebih luas daripada itu lagi.

Memanglah seorang pemimpin yang baik mestilah asasnya berpegang teguh kepada agama, jujur, amanah tetapi masih ada perkara yang perlu dilihat selain daripada itu dan lebih besar daripada itu demi kemaslahatan bersama. Dengarlah pendapat Dr. MAZA dalam hal politik Islam yang melangkaui sempadan ini. Carilah di youtube. PAS sebagai parti Islam tidak pernah sesekali sesat. PAS memperjuangkan betul dari apa yang dikehendaki agama. Tetapi banyak perkara PAS tidak tahu atau memahami dalam selok belok atau rahsia yang telah terjadi kepada negara sebelum ini. Lihatlah sebelum ini berapa banyak perkara yang tidak boleh dan haram bagi PAS, tetapi hari ini halal pula bagi mereka. Lihatlah isu umno kafir, isu amanat haji hadi, isu hiburan, isu pembangunan dan kemajuan, isu pembinaan putrajaya, dan pelbagai isu lagi yang dahulu bagi PAS tidak boleh,haram, merosakkan rakyat, dan membazir duit rakyat tetapi pada hari ini halal pula bagi PAS malah siap memuja pula untuk ke putrajaya dan menduduki putrajaya yang dimaki UMNO membina dahulu. Adakah ini jelas bermakna pengetahuan agama UMNO lebih terkehadapan daripada PAS sebenarnya?? Berpijaklah dibumi yang nyata realistik, usahlah menegakkan benang yang basah semata-mata untuk mempertahankan apa yang diperjuangkan sebelum ini adalah benar dan datang dari Allah, dengan semata-mata melihat kejahilan UMNO itu dalam agama. Sedarlah, politik Islam itu lebih luas daripada itu lagi dan melangkaui semua itu. Bukan terletak kepada serban dan kezuhudan semata-mata.

Dengarlah pendapat Dr.MAZA dalam hal ini. Ingatlah, PM yang bertanggungjawab, mereka tidak akan memberitahu kepada rakyatnya apa rahsia yang berlaku terhadap negara demi menjaga kebimbangan rakyat dan perpaduan di negara ini. Rahsia inilah dipegang oleh kerajaan silih berganti untuk dijadikan sebagai panduan dan asas dalam pentadbiran negara dari hari ke hari. PAS telah menjadi pembangkang yang baik kepada kerajaan BN dalam sebagai “check and balance” kepada kerajaan terutama dalam soal agama dan intergriti. Dan perkara ini diiktiraf oleh kerajaan BN melalui kenyataan Tun Mahathir suatu masa dahulu dan juga diterjemahkan melalui tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan BN dalam menghargai sumbangan, idea dan peranan PAS dalam negara. Ini dapat dilihat ada yang secara jelas dan ada berlapik demi juga untuk menjaga survival parti UMNO. Tetapi hakikatnya UMNO menyanjung tinggi pengorbanan yang dilakukan PAS. Alangkah indahnya jika PAS menyambut salam perpaduan dari Najib suatu ketika dahulu?Keikhlasan Najib usahlah dipersoalkan tetapi lihatlah pada sejarahnya, ayah Najib lah Tun Razak yang menyatukan PAS dan UMNO. Dan Najib pada hari pertama beliau menjadi perdana menteri beliau menyatakan beliau ingin mewarisi dan menjejaki apa yang ayah beliau telah lakukan dahulu. Dan Najib telah menghulurkan salam perpaduan kepada PAS tetapi tidak bersambut. Ingatlah punca penceraian antara PAS dan UMNO semula bukanlah disebabkan Tun Razak, tetapi pada zaman peganti selepasnya.

Kita mesti nilailah balik setiap apa yang telah kita kecapi dan perolehi dalam hidup ini dan bandingkanlah dengan negara-negara lain didunia ini. Janganlah kita terus berdiri diatas khayalan yang tidak pasti. Kita mestilah berpaksikan kepada realiti dunia hari ini, keadaan dunia hari ini, dan bandingkanlah dengan dunia lain hari ini. Janganlah kita jadi seperti negara Jepun dimana pembangkangnya menjanjikan seribu satu faedah kebaikan,anti rasuah,anti korupsi tetapi bila berjaya mengambil alih pentadbiran Jepun, mereka lebih teruk lagi dengan gejala rasuah semakin menjadi-jadinya. Fikirlah dan renunglah, jika benar kerajaan UMNO itu zalim, sudah tentu mereka tidak memberi peluang kepada anak-anak orang PAS untuk memasuki universiti, diberi dengan pemberian biasiswa, dan diberi jawatan-jawatan didalam kerajaan. Cubalah lihat ramai mana anak orang UMNO itu sendiri yang tidak mendapat peluang pelajaran ke universiti dan mendapat pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan tetapi anak orang PAS mendapat itu semua. Jadi dimanakah dikatakan UMNO itu zalim dan tidak adil? Berpijaklah dibumi nyata, kerajaan UMNO tidak mengira anda anak orang UMNO atau orang PAS selagi anda MELAYU ISLAM, cukup syarat yang ditetapkan anda akan diberi keistimewaan dan kuota untuk melanjutkan pelajaran mahupun peluang pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan. Ingatlah jika Pakatan mengambil alih, keistimewaan dan kuota anda ini dihapuskan dibawah dasar kesaksamarataan mereka. adakah yang ini yang anda inginkan dan harapkan?

Anda perlulah memahami dan jelas bahawa MCA itu tidak sama dengan DAP. Itu fakta. Usahlah terpedaya dengan PAS yang menyamakan MCA dengan DAP untuk menghalalkan hubungan PAS-DAP di mata masyarakat orang Islam dan melayu dan mengaburi mata orang melayu bahawa PAS mampu ganti UMNO. PAS tidak mampu jadi seperti UMNO dalam Pakatan kerana dalam Pakatan semua parti samaada PAS,PKR dan DAP adalah sama taraf. Tiada siapa dapat mengatasi siapa dalam Pakatan. Tetapi dalam BN berbeza, UMNO diiktiraf sebagai parti dominan dan menjadi rujukan kepada MCA,MIC dan lain-lain. Terimalah hakikat, MCA walaupun mereka parti kaum cina tetapi mereka tetap dibawah naungan UMNO. UMNO yang mengawal MCA dan MIC. Tetapi tidak didalam pakatan, didalam pakatan semua parti mempunyai sama taraf dan tiada siapa diatas dan tiada siapa dibawah. PAS tidak mampu menghalang dan mengarah DAP kerana PAS pun sama taraf dengan DAP. Silap haribulan PAS pula terpaksa mengikut arahan DAP jika kerusi DAP melebihi PAS. Ini dibuktikan lagi melalui ucapan seorang pimpinan DAP di pulau pinang baru-baru ini kepada masyarakat cina yang menegaskan jika MCA dapat merampas pulau pinang kembali, bukan MCA sebenarnya yang memerintah pulau pinang tetapi UMNO sebenarnya yang berjaya menguasai pulau pinang dan akan mengeluarkan arahan kepada MCA di pulau pinang. Nah, sekarang kita lagi jelas bahawa MCA berada dibawah UMNO dan tidak berlaku seperti DAP dengan PAS yang tidak tahu siapa menguasai siapa.

Justeru itu, Kita perlulah mengenali siapa musuh kita sebenarnya. Kita ada musuh luar dan dalam. Musuh luar kita yang sebenar adalah Singapura. Masihkah anda ingat peristiwa Singapura ingin menyerang Malaysia suatu ketika dahulu? Selepas dibidas oleh Tun Mahathir bahawa Malaysia hanya menghantar sebiji peluru berpandu sahaja yang telah diletakkan disuatu tempat rahsia yang telah dihalakan ke arah singapura mampu meranapkan keseluruhan singapura, sejak dari itu sehingga ke hari ini singapura tidak berani lagi bersuara dan tidak lagi menimbulkan kontroversi terhadap Malaysia. Dan mereka masih tertanya-tanya dimanakah Malaysia meletakkan peluru yang dikatakan mampu meranapkan keseluruhan singapura itu dengan sekali lepas sahaja? Kedudukan peluru ini dikhabarkan hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja dalam pentadbiran Malaysia. Yang pasti singapura kini menukar strategi dari menyerang fizikal kepada strategi serangan saraf. Kerana mereka sedar mereka tidak mampu mengalahkan Malaysia jika melalui fizikal. Jadi mungkinkah pemerintah singapura yang dibawah parti PAP akan meminta bantuan dari rakan mereka dari Malaysia iaitu parti DAP yakni serpihan dari parti PAP di singapura untuk menyelusuk masuk ke jabatan-jabatan kerajaan yang banyak memegang rahsia kerajaan selama ini melalui perolehan pilihanraya? Kita sedia maklum, singapura sedang berusaha untuk mencari kawasan dan tanah baru untuk menampung jumlah rakyat mereka yang semakin bertambah. Mungkinkah singapura akan mendapatkan negeri Johor sebagai perluasan negara mereka?dan sebab itu Lim Kit Siang pergi bertanding ke negeri Johor untuk memainkan sentimen perkauman yang akhirnya membawa perpisahan johor daripada Malaysia sepertimana berlakunya singapura berpisah dari Malaysia? Ataupun mungkinkah jika pakatan rakyat mengambil alih putrajaya nanti singapura menawarkan diri untuk duduk dibawah Malaysia?

jika ini berlaku, keseimbangan kaum akan menjadi seimbang dengan kemasukan rakyat singapura ke dalam Malaysia. Dan ingatlah melayu bukan lagi menjadi bangsa dominan dan majoriti di Malaysia akibat perubahan populasi akibat kemasukan 5.5juta rakyat singapura yang sudah pasti bangsa cina yang majoriti. Jadi apa yang akan berlaku apabila cina dari singapura dan yang sudah sedia ada dalam Malaysia bergabung?Memanglah baik dari segi sosio ekonomi apabila pergabungan malaysia-singapura berlaku kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan sumber tersendiri dan mampu menaik taraf banyak perkara, tetapi bagaimanakah nasib bangsa melayu?masihkah melayu menjadi bangsa majoriti dan ada hak keistimewaan? Adakah bangsa melayu akan hilang identiti? bukanlah kita ingin bersikap rasis, tetapi itulah jati diri kita. Adakah kita ingin melihat tamadun bangsa kita hilang begitu sahaja akibat tindakan kurang cerdik diri kita sendiri dan berfikir panjang? ingatlah, jika perkara ini berlaku bangsa melayu seperti melukut ditepi gantang di negara sendiri. Kita akan hilang jati diri di negara sendiri yang dulu dinobatkan sebagai negara orang melayu, akhirnya hilang. Menagih simpati di negeri sendiri apabila negeri diambil orang dengan ‘playsafe’ tanpa pertumpahan darah, tanpa kekerasan. Ingatlah DAP dan parti PAP yang memerintah singapura mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan objektif dan matlamat mereka adalah sama.

DAP adalah serpihan daripada parti PAP. Hayatilah sejarah mereka. Ingatlah kata-kata penasihat singapura Lee Kuan Yew disaat singapura berpisah dari Malaysia, dengan katanya, “singapura akan kembali ke dalam Malaysia suatu hari nanti”. Mungkinkah juga benar kata seorang taukey cina yang sangat baik dan rapat dengan ayah saya dan menjalankan perniagaan sama-sama dengan ayah saya satu ketika dahulu tahun 80an, katanya, “Kita orang cina boleh beli orang melayu, kita boleh beli askar-askar melayu. Satu hari nanti kita akan beli tanah melayu ini”. Percayalah, jika pakatan rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU 13 ini, DAP tidak akan menunjuk taring mereka lagi, mereka akan terlebih dahulu menunjukkan kerja mereka yang bersih dan efisien dari rasuah,korupsi dan penyelewengan untuk medapatkan keyakinan daripada seluruh rakyat Malaysia terutama melayu bahawa mereka pakatan rakyat adalah terbaik dengan pendapatan negara berlipat kali ganda dikembalikan dan diperolehi. Mereka akan menggunakan sebaik mungkin kepandaian mereka dalam perniagaan untuk menjana pendapatan negara berlipat kali ganda. Dan ini secara tidak langsung akan memberi keyakinan pengundi melayu kepada DAP bahawa parti DAP lebih baik dan lebih telus daripada yang parti yang memperjuangkan melayu dan agama pada PRU ke 14 akan datang.

Adakah disaat ini orang melayu mampu DITUKAR dengan sogokan-sogokan pelbagai faedah ekonomi yang lebih baik kepada diri dan agama mereka DENGAN pertukaran kepada penguasaan pentadbiran negara diserahkan kepada kaum cina??Perkara inilah ditakuti jika minda orang melayu disetkan sebegini rupa. Orang Melayu akan berkata tidak mengapalah negara ditadbir oleh orang bukan melayu dan bukan Islam pun asalkan tiada kronisme,rasuah dan penyelewengan. Asalkan gaji kita naik, rumah murah, kereta murah, kos barang murah tidak mengapa mereka memerintah kita pun. Ingatlah hari ini mereka boleh memberikan anda bermacam-macam faedah, tetapi sampai suatu ketika mereka akan menarik balik sedikit demi sedikit apa yang telah diberikan kepada anda. Dan disaat itu anda tidak mampu membuat apa-apa lagi kerana anda sudah kehilangan kuasa dan pegangan!Nauzubillah. DAP juga akan meminta kerusi di kawasan-kawasan majoriti melayu atas kapasiti kecemerlangan mereka dalam mentadbir sebelum ini.

Dan DAP juga mula menuntut hak untuk menduduki kerusi pegawai-pegawai tertinggi kerajaan diatas dasar peluang kasaksamarataan. Nah, jika situasi ini benar-benar berlaku hati-hati kita sudah rosak teruk sebenarnya. Jadilah kita seperti melayu singapura! Inilah dikatakan kita disogokkan dengan pelbagai faedah tetapi tanah air tergadai dan jati diri hilang! Bangsa melayu mestilah cerdik dalam hal ini. Pada masa ini, tiada lagi beza diantara melayu dengan bukan melayu di tanah melayu atas kesilapan dan kealpaan orang melayu itu sendiri samaada PAS ataupun UMNO.

UMNO dengan sikap lalainya dan berfoya-foya dalam mentadbir negara sehingga hilang keyakinan rakyat kepada mereka, PAS pula silap dalam menilai kerjasama dengan DAP. Semua kita digelapkan hati melalui pemakanan, mungkin benarlah kata taukey cina kawan ayah saya itu, dimana beliau memarahi ayah saya memberi makan kepada adik-beradik saya memakan jeruk yang dijemur didalam paket-paket kecil yang dijual di kedai-kedai.dengan nadanya, “cis ayah haji, kau kata kau tidak makan anjing dan babi, tapi itu engkau bagi pada anak-anak engkau makan?ini makanan hanya untuk orang melayu sahaja, anak orang cina tidak makan.

Aku bagitahu kat engkau sahaja, orang lain aku tidak bagitahu” ayah saya terkejut dan beliau membawa ayah saya ke kuantan untuk membuktikan kata beliau. Ayah saya dapat menyaksikan sendiri sebuah kawasan dilingkupi zink dan didalamnya dijemur jeruk-jeruk ini dan dilepaskan anjing@babi didalamnya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 80an dahulu. Ingatlah sejarah bagaimana cara cina untuk menguasai sesuatu, mereka tidak menggunakan kekerasan, tidak melalui peperangan, tetapi melalui strategi halus yang akhirnya kita sedar-sedar air sudah di takat hidung kita. Janganlah kita jadi seperti pepatah melayu, “ yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran” dan “keluar mulut buaya masuk mulut naga” Pada saat ini, tiada guna lagi kita memberontak, melakukan kekerasan bagaimana sekalipun kerana struktur pentadbiran negara telah dikuasai oleh mereka!



 
P/S: PAS dan UMNO perlulah duduk semeja untuk berbincang kembali masalah-masalah ummah Melayu dan Islam di Malaysia. Jika tidak pada sebelum PRU 13, biarlah selepas PRU 13 ini pun. Asalkan ia diadakan dan berlangsung sebelum terlambat. UMNO perlulah mengakui kesilapan-kesilapan mereka dalam soal intergriti yang melanda pemimpin-pemimpin UMNO, akui kekurangan ilmuan dalam UMNO tetapi UMNO kaya dengan pemimpin yang mempunyai kemahiran. Dan PAS juga perlulah menurunkan ego demi satu dakwah kearah kebaikan ini. Dan PAS juga perlu mengakui kesilapan-kesilapan lampau mereka terhadap UMNO selama ini. PAS perlulah mengakui PAS banyak belajar dari UMNO terutama dari segi pentadbiran dan political thinking sehingga menjadi PAS lebih matang pada hari ini berbanding PAS pada zaman 80an 90an dulu. Ayuhlah, kita bersatu dan mengetepikan ego yang kita lebih baik, kerana setiap kejadian itu tidak ada yang sempurna dan selagi ia dalam tanda kurungan bernama muslim selagi itulah ia saling memerlukan kebergantungan antara sesama muslim itu sendiri. Ingatlah ayat 10 surah al hujurat, “sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara”. Dan pada sambungannya, “maka perbaikilah hubungan saudara kamu yang berselisih” . Dan ingatlah jua hadis nabi yang menegaskan setiap muslimin ialah umpama binaan yang saling melengkapi. Dan ingatlah amaran-amaran ALLAH yang terdapat banyak di dalam al-quran tentang strategi-strategi orang kafir terhadap orang Islam, dan mereka tidak pernah berhenti merancang sehingga orang Islam itu mengikut jejak langkah mereka dan mereka peroleh apa yang mereka inginkan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...