Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 16 April 2013

Panas Suam-Suam !!! Calon BN Pendang Yakin Org Pendang Tolak Mat Sabu !!!


Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul yakin mampu memberi saingan hebat kepada lawannya yang juga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Othman yang juga Naib Presiden Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memberitahu, sebagai anak tempatan beliau tidak pernah jemu menabur bakti kepada masyarakat di kawasan tersebut berbanding Mat Sabu yang disifatnya sebagai suka melompat kawasan.

"Saya percaya akan ada satu perkembangan yang mengejutkan di Pendang termasuk di Tokai yang dianggap kubu kuat orang Pas. Daripada reaksi yang saya dengar orang Pendang termasuk di Tokai sudah lama mengeluh kerana tiada apa pembaharuan yang dilakukan Pas di kawasan itu sehingga kini.

"Mat Sabu pula dilihat suka melompat kerusi dan kalah di banyak kerusi yang ditandinginya. Sekarang dia nak cari jalan selamat tanding di Pendang," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN Kedah oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini hari ini.

Othman, 62, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal sejak 1986, menyifatkan pencalonannya itu dalam PRU-13 sebagai comeback. - UTUSAN ONLINE




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...