Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 6 April 2013

Panas !! Umat Islam Dan Ngo mengamuk DI Penang


BUKIT MERTAJAM  - Kemarahan umat Islam terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu ternyata belum reda malah semakin meluap.

Di Masjid Seberang Jaya di sini selepas solat Jumaat hari ini, beratus-ratus didakwa penyokong Pas dan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi membantah cadangan tersebut.

Perhimpunan tersebut diketuai oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Menurutnya, bantahan sedemikian akan berterusan selagi cadangan tersebut tidak ditarik balik dan pihak terbabit memohon maaf kepada umat Islam.

"Kalau ada sesiapa yang mendakwa ini merupakan gimik untuk menghadapi pilihan raya umum, mereka silap kerana kita menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejak 2010.

"Tujuan kita memilih Masjid Jamek Seberang Jaya juga adalah kerana kawasan ini terletak dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu kawasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab dalam isu kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas demonstrasi itu di sini hari ini.

Perasaan marah dan kecewa para peserta demonstrasi itu turut dizahirkan dengan tindakan membakar gambar Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...