Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 3 April 2013

Terkini !!!Bekas Penyokong PR terima duit 'berkat' bersama surat ugutan !!


Md Rashid BAGAN SERAI - Tindakan nekad seorang bekas penyokong tegar Pakatan Rakyat (PR) menyertai Umno Januari lalu akhirnya mendatangkan ancaman keselamatan kepadanya apabila menerima sepucuk surat berbaur ugutan daripada individu tidak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Mangsa, Md Rashid Ibrahim, 68, berkata, dia menerima sepucuk surat berbaur ugutan keselamatan terhadapnya dan keluarga yang diletakkan di dalam sampul ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya di Permatang Pasir, Alor Pongsu.

Menurutnya, surat ugutan itu tertulis ancaman yang bakal mereka sekeluarga hadapi sekiranya masih terus kekal bersama parti Umno.

“Selesai majlis kenduri, saya dan isteri mengambil kesempatan mengira duit ‘berkat’ yang diberikan tetamu yang hadir sepanjang majlis berlangsung.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila salah satu sampul berisi wang disertakan sepucuk surat berbaur uguta mengancam keselamatan kami sekeluarga sekiranya tidak kembali menyokong PR,” katanya.

Md Rashid menegaskan pihaknya enggan menuduh mana-mana pihak, bagaimanapun kesal keputusannya menyertai Umno tidak dihormati segelintir pihak.

“Saya percaya ia perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang bertindak mewakilkan seseorang untuk menyampaikan sampul ini tanpa pengetahuan individu itu sendiri.

“Keputusan saya keluar dari PR adalah secara ikhlas tanpa sebarang paksaan disebabkan saya kecewa dengan sikap segelintir kepimpinan PR yang lari daripada perjuangan asal mereka untuk mempertahankan bangsa dan agama, ”katanya.

Sementara itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat maklum dengan kejadian ugut ke atas keluarga Md Rashid dan menganggap tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya sia-sia kerana ia tidak mampu mengubah keputusan Md Rashid kekal bersama Umno.

“Md Rashid merupakan salah seorang daripada ramai penyokong PR yang kini ‘berubah angin’ untuk menyertai Umno disebabkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap PR.

“Saya percaya ramai akan berubah kerana janji-janji yang ditaburkan PR selama ini tidak ditunaikan sebaliknya pelbagai bantuan disalurkan kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...