Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 28 May 2013

50 RIBU NILAI IKAT JAMIN ANAK PEMIMPIN YANG DIDAKWA SPRM!!


Anak Datuk Lajim Ukin hari ini didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan dokumen palsu bertujuan mendapatkan projek membina jalan raya.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 8 Ogos 2012 untuk melaksanakan projek membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7 di Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor.

Dalam kertas pertuduhan yang dibacakan kepadanya, Mohd Nizam didakwa dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Walau bagaimanapun, Mohd Nizam mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.

“Saya meminta dibicarakan,” kata Mohd Nizam selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.

Hakim Rosbinhanim Ariffin menetapkan tarikh sebutan pengurusan kes pada 25 Jun depan dan Mohd Nizam dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah RM50 ribu berserta seorang penjamin.

Mohd Nizam didakwa telah melakukan kesalahan tersebut tahun lalu apabila menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping Lampiran 1 bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk “Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 dan 7 Linau, Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad.

Dokumen tersebut yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengandungi senarai syarikat antaranya Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Manshashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina Mas Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Lajim yang turut hadir menemani anaknya hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang komen sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menyelesaikannya.

“Tiada komen, biar peguam uruskannya,” kata Lajim.

Mohd Nizam jika disabitkan bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...