Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 31 May 2013

PANAS !!! ANWAR SUDAH LUPA JANJI DENGAN NAJIB EK??? APA JANJINYA YEW???

Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu  usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra.....

Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalui Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh YAB Dato’ Seri PM kita itu. 

Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi.

Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang..... 

Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut.


Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri.

Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar.   Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya....

Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah. 

Justeru, memanglah masuk akal bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar.   Jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’. 

Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu..?’  Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana YAB PM kita yakin bahawa BN akan menang besar. 

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu.


Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Sri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar.

Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Najib pula tenang sahaja.  Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras.

Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan pimpinan Najib.  Semuanya kerana YAB PM kita ini langsungtelah tidak mengendahkan tawarannya. 

Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu.


Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu.

Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu. 

Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka...?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...