Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 31 May 2013

PANAS TERIK !!! Peluru berpandu S-300 tiba !!!


Peluru berpandu S-300 didakwa sudah berada di Syria, semalam.


DAMSYIK - Presiden Bashar Assad mendakwa, senjata pertahanan peluru berpandu S-300 dari Rusia sudah berada tiba di Damsyik, Syria, semalam.

“Peluru berpandu S-300 ini hanya akan dilancarkan sekiranya kami mendapat ancaman daripada Israel atau sekutunya,” katanya dalam siaran berita  stesen televisyen Al-Manar milik kumpulan gerakan Hizbullah.

Kelmarin,  Kumpulan Tentera pembebasan (FSA) memberi tempoh 24 jam supaya gerakan Hizbullah dan Rusia segera berhenti berjuang dan membekalkan senjata kepada tentera rejim.

Sementara itu, Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem memohon jaminan negara antarabangsa supaya tidak campur tangan dalam sebarang keputusan bakal dicapai dalam rundingan damai ketika persidangan persidangan antarabangsa di Geneva bulan depan.

Beliau berkata, sebarang perjanjian atau keputusan bakal dicapai nanti perlu mendapat persetujuan Presiden Bashar Assad memandangkan beliau masih kekal sebagai Presiden sehingga pilihan raya tahun depan.

“Keadaan di Syria semakin rumit akibat campur tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Sekiranya kedua-dua negara ini terus bergabung dengan FSA, maka rundingan keselamatan untuk membentuk pentadbiran negara  baru sukar dilakukan,” katanya kepada AP.

Menurutnya, rejim Assad pada dasarnya bersetuju menghadiri rundingan damai itu tetapi sekiranya terdapat campur tangan negara luar, maka rundingan itu akan dibatalkan dengan segera.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...