Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label 11 bulan. Show all posts
Showing posts with label 11 bulan. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Terkini!!!Ahli PKR buat Kejutan !!


PASIR SALAK 9 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima tamparan hebat apabila seramai 340 ahlinya di Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16 dalam Parlimen Pasir Salak di sini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Mereka bertindak demikian kerana yakin hanya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menyatupadukan dan memimpin rakyat di negara ini selain kecewa dengan kepemimpinan parti itu yang saling bertelagah sesama sendiri serta tidak mempedulikan nasib rakyat di kawasan tersebut.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menubuhkan UMNO Cawangan Taman Malinja Jaya di sini dan menyerahkan borang keahlian masing-masing untuk menyertai UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis yang diadakan di kediaman bekas Setiausaha PKR kawasan itu, Mokhtar Ridzuan.

Sementara itu, Mokhtar dalam sidang akhbarnya selepas itu berkata, tindakan mereka kembali semula kepada UMNO dibuat dengan rela hati tanpa wujud sebarang desakan, paksaan, imbuhan, tekanan dan tawaran daripada mana-mana pihak.

Beliau yang menyertai PKR sejak 1999 berkata, tindakan itu dibuat setelah berfikir panjang apabila melihat kecelaruan dan persengketaan yang berlaku di kalangan kepimpinan PKR serta sekutunya Pas bagai tiada kesudahan.

"Saya sendiri telah memikirkan perkara ini (keluar PKR) sejak 2004 kerana saya lihat dari sehari ke sehari mereka ini (PKR dan Pas) tidak ada kesefahaman langsung dan saling bercakaran.

"Malah baru-baru ini juga telah berlaku pergaduhan merebut kawasan apabila Pas yang diberi kawasan DUN Kampung Gajah juga mahu DUN Sungai Manik diberikan kepada mereka oleh PKR. Akibatnya seramai 600 pengundi Pas di Sungai Manik dipindahkan ke DUN Kampung Gajah.

"Saya juga telah dipujuk oleh seorang ketua cabang yang meminta saya bersabar sehingga pilihan raya supaya tidak memalukan parti itu.

"Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menanyakan tindakan saya. Saya beritahu mereka, saya tetap dengan pendirian untuk keluar dan demi Allah, tiada satu sen pun saya terima sebagai sogokan," katanya yang turut membawa bersama isteri dan empat anak lelakinya menyertai UMNO.

Yang turut hadir dalam majlis itu ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mohd Hairul Hanip, 24, pula berkata, tindakannya keluar parti itu kerana bosan dengan kepimpinan PKR yang terlalu asyik mengutuk orang lain dalam ceramah mereka.


Thursday, 28 February 2013

Peristiwa 11 Bulan Perak dinerakakan siapa yang tahu???


Satu pertemuan mesra antara beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan YB Dato Hamidah telah dibuat di kediaman YB Dato Hamidah sendiri.

Walaupun perancangan ini dibuat begitu singkat tetapi komitmen semua pengerusi NGO terbabit begitu responsif terhadap perjumpaan yang cukup bermakna.

Ada diantaranya terpaksa datang dari kawasan yang agak jauh demi untuk berjuang bersama-sama dengan jentera pilihanraya Barisan Nasional.

Menurut salah seorang pengerusi sebuah NGO berkata, sudah sampai masa kami akan bersama-sama Barisan Nasional dalam mempersiapkan jentera pilihanraya PRU13 demi untuk mempertahankan tanahair kami daripada diragut oleh rejim cina DAP.

Pengalaman kami selama 11 bulan sudah cukup buat kami untuk mengetahui niat buruk rejim cina DAP dimana ada orang Melayu sanggup menjadi talibarut mereka.

Pergerakan kami disekat, penggunaan dewan orang ramai juga disekat, tadika ditutup demi menunjukkan betapa berkuasanya mereka iaitu rejim cina DAP memerintah negeri yang majoriti orang Melayu.

Semua permohonan tanah yang dibuat oleh orang Melayu juga dibatalkan sebaik sahaja mereka mengambilalih pemerintahan negeri Perak.

Kini sudah cukup rakyat mengenali siapa mereka yang sebenar, siapa talibarut mereka dan siapa pencacai mereka.

Kami NGO-NGO seluruh Dun Sungai Rapat berikrar akan bersama YB dato Hamidah dalam mempertahankan kerusi Dun Sungai Rapat demi Agama, bangsa dan Tanahair.

Kami tidak akan biarkan Barisan Nasional/UMNO menghadapi pilihanraya paling getir ini secara bersendirian dan kami rela luangkan masa dan tenaga kami untuk bersama-sama membantu BN/UMNO dalam PRU13 nanti.

Kemenangan BN/UMNO adalah kemenangan rakyat juga dan jika kalah rakyat juga akan menderita dibawah pemerintahan rejim cina DAP ala komunis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...