Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label BN Kedah. Show all posts
Showing posts with label BN Kedah. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

PANAS !!! KENAPA AZIZAN ANGKAT BENDERA PUTIH ???!!!

Gelombang biru di Kedah nampaknya sudah hampir pasti akan menenggelamkan PAS. Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kemenangan PAS pada 2008 bukanlah kerana rakyat Kedah menyokong PAS tapi kerana ingin ‘mengajar’ UMNO. 
Nampaknya, ‘pengajaran’ yang diberikan adalah berbaloi kerana kepimpinan Dato’ Seri Najib hari ini nampaknya ikhlas melakukan penambahbaikan. UMNO Kedah sudah lama mengalami masalah dalaman. Menurut rakyat Kedah, UMNO Kedah sebelum ini sudah mencapai tahap tepu. 
Teguran mahupun kritikan tidak pernah dipedulikan seolah-olah tiada apa yang mampu menjatuhkan mereka. Justeru, rakyat pun menghukum mereka dengan memberi undi kepada PAS. 
Akibatnya, rakyat juga turut menerima pengajaran tentang siapa dan apakah PAS. Satu penggal di bawah PAS sudah cukup untuk memperlihatkan betapa parti itu tidak punya kebolehan dari apa segi sekali pun. 
Jika selama ini umat Melayu sering menjulang mereka yang berlatarbelakangkan agama, yang mampu memberi khutbah, hafaz AlQuran dan fasih berbahasa Arab, sebagai orang yang paling layak memimpin, kini mereka sedar bahawa pendapat itu adalah salah. 
Ilmu agama mungkin menjadikan seseorang itu manusia yang baik, tetapi ia tidak menjamin yang beliau akan menjadi pemimpin yang baik. Orang yang baik dengan pemimpin yang baik adalah dua perkara yang berbeza. Untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu perlu memahami ekonomi, kewangan, sejarah dan juga selok belok pengurusan. 
Oleh kerana tidak mempunyai semua ilmu ini, maka kita melihat bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah terkapa-kapa dan terpinga-pinga meneraju negeri. Beliau hilang kawalan ke atas segala-galanya sejak dari mula lagi. 
Beliau ditipu dan dimanipulasi sesuka hati oleh orang-orang kelilingnya. Beliau tidak mampu memahami laporan kewangan apatah lagi untuk mencari penyelesaian ke atas setiap masalah. Beliau mendabik dada sebagai anak petani dan lebih tahu perihal pembalakan dan perladangan tetapi beliau langsung tidak tahu mengurus pembalakan atau perladangan itu. 
Akhirnya, habis balak ditebang tanpa menghiraukan kawasan tadahan dan sehingga gondol segala hutan dan bukit-bukau di negeri jelapang padi tersebut. Ia mungkin membawa hasil segera kepada negeri, namun ia juga akan habis dengan segera juga. Apatah lagi, apabila kerajaan negeri tidak mampu menjana kewangan dan terus menambah hutang serta membazirkan wang. 
Selain tidak berkebolehan, Azizan juga tidak punya karisma dan tidak mampu berdialog atau berurusan dengan pihak pelabur mahupun rakan sejawatannya. Pendek kata, beliau menampilkan diri sebagai seorang Ketua Kampung dan bukannya Menteri Besar. 
Jika rakyat inginkan seorang agamawan memegang kuasa, tanpa mengambilkira kelayakannya dalam bidang-bidang lain, maka inilah akibatnya. Lebih teruk, dari segi agama juga Azizan tidak mampu membawa apa-apa peningkatan selain menggunakan tulisan jawi di papan-papan tanda. Selebihnya, keadaan negeri Kedah hari ini adalah jauh lebih ‘tidak Islam’ berbanding di bawah kerajaan BN sebelum ini, dengan pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan. 
Bukan itu saja, sijil halal juga diluluskan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerana pihak yang bertanggungjawab sudah bertahun-tahun tidak mengadakan mesyuarat. Azizan yang bakal dicabar oleh sepupunya sendiri, cukup sedar akan kelemahan diri. Namun, sekadar menjaga ego, beliau terus berlagak konon yakin akan menang. 
Hakikatnya, fikiran dan perasaan beliau sudah terlalu amat berserabut sama seperti berserabutnya Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri. Beliau tahu beliau tidak akan mampu untuk terus mentadbir sepenggal lagi tanpa menghancurkan negeri Kedah. 
Tidak mustahil, jauh di sudut hatinya, beliau mengharapkan kekalahan. Kerana itu, tidak hairanlah jika beliau dikatakan sedang sibuk mengemas pejabatnya bersedia untuk keluar. Dalam keadaan ini, tiada sebab kenapa BN Kedah tidak mampu menang. 
Sedar atau tidak, perubahan sebenarnya sudah pun berlaku, bermula dari penamaan calon lagi. Justeru, slogan ‘ubah’ PR sebenarnya sudah tidak relevan lagi. 
 

Monday, 15 April 2013

PANAS BERAPI !!! 300 Calon BN Gugur Di Medan ???


KUALA LUMPUR : Semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri pada Selasa di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Bagi Selangor dan Kedah yang cuba dirampas kembali BN selepas tewas kepada Pakatan Rakyat pada 2008, senarai itu akan mengenal pasti calon Menteri Besar negeri tersebut sekiranya BN menang.

"Selangor akan menyaksikan perubahan besar. Pada perkiraan terakhir, bilangan calon baru adalah kira-kira 70%. Itu hanya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Untuk senarai calon kerusi Parlimen di Selangor, perubahan boleh jadi 60% atau lebih besar," kata sumber dalaman parti pada Ahad.

Sumber berkata, jika BN menawan semula Selangor, sudah pasti calon Menteri Besar adalah seseorang yang baru dan tidak dikenali ramai.

Tiga calon pilihan untuk jawatan itu adalah Naib Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Datuk Shamsuddin Rais, Ketua Umno Bahagian Subang Dr Bushro Mat Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal.

Bagi Kedah, sumber BN yakin terhadap prestasi parti itu di negeri tersebut kerana kerajaan PAS yang menerajui negeri itu dilihat dalam keadaan kucar-kacir ekoran masalah dalaman parti.

Sementara itu, tiga calon pilihan bagi jawatan Menteri Besar Kedah adalah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Latt Shariman Abdullah yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

"Malah di Kedah, bilangan muka-muka baru adalah kira-kira 50% tetapi kebanyakan mereka akan bertanding di kerusi Parlimen," kata seorang pemimpin BN.

Tidak ketinggalan, Johor turut akan mempunyai Menteri Besar baru tanpa mengira apa jua keputusan pertemuan di antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun Pakatan Rakyat menyatakan hasrat untuk merampas kubu kuat BN di Johor, BN dijangka akan mempertaruhkan senarai calon hebat untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dikatakan sebagai calon pilihan untuk menggantikan tempat Ghani.

Sumber berkata, kira-kira 300 calon BN pada pilihan raya umum 2008 akan digugurkan kali ini.
Najib yang juga Pengerusi BN akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu kepada Pengarah Pilihan Raya BN negeri dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Pengarah setiap negeri kemudiannya akan menyerahkan surat tersebut kepada calon-calon untuk kerusi Parlimen dan DUN di negeri masing-masing. mStar Online


Saturday, 2 February 2013

MANIFESTO BN KEDAH SUDAH SIAP 70%?


Kira-Kira 70 peratus kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Kedah bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah siap.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, Jawatankuasa Manifesto BN Kedah mahu menunggu dan melihat dahulu manifesto BN di peringkat kebangsaan sebelum menyiapkan sepenuhnya manifesto itu menjelang PRU-13.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN Kedah berkata, dalam manifesto khusus untuk Kedah, BN Kedah mahu mendapatkan projek yang sama seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam manifesto khusus itu, BN Kedah akan menyediakan sebuah litar lumba kepada golongan belia seperti yang diumum semalam selepas kerajaan negeri ketika ini, yang dikuasai PAS, gagal mengotakan janji pada kempen PRU 2008 bahawa mereka akan membina litar tersebut jika menang di Kedah.



"Kebanyakan golongan muda tertarik dengan janji pakatan parti pembangkang sebelum ini, dan mereka memberi undi kemenangan kepada parti tersebut dan akhirnya, janji tersebut tidak dikotakan," katanya kepada pemberita ketika melawat BN Youth Job Fair 2013 sempena Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini.

Semalam, ketika merasmikan Himpunan Orang Muda Kedah itu, Perdana Menteri berkata, pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto PRU-13 khusus untuk negeri ini.

Selain itu, Najib berkata turut akan dimasukkan dalam manifesto khusus itu ialah kerajaan akan menanggung sebanyak RM100 bagi setiap kursus praperkahwinan bagi golongan muda.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, golongan muda kecewa apabila litar lumba itu tidak dibina seperti yang dijanjikan, dan mesej tersebut telah disampaikan kepada Perdana Menteri, yang akhirnya mengumumkan akan membina litar lumba itu semalam.

"Perdana Menteri kata tak berapa susah nak buat litar itu, dan akan buat jika dapat tawan kembali negeri ini. Tujuannya untuk hindari anak muda dari gejala rempit dan tidak sihat," katanya.

Mengulas bantuan RM100 kepada golongan muda bagi setiap kursus praperkahwinan, Mukhriz berkata idea itu adalah bagi meringankan beban golongan muda yang ingin berkahwin.

Mukhriz juga berkata perkara lain yang akan dimasuk dalam manifesto untuk membantu golongan muda ialah menyediakan satu dana khusus untuk mereka menjadi usahawan.

"Ini yang kita fikirkan, dan saya yakin ia sesuatu yang boleh diusahakan oleh BN negeri dan pusat menjelang PRU ke-13 nanti," katanya.

BN Youth Job Fair, yang bermula semalam, melibatkan 82 syarikat menawarkan lebih 4,500 pekerjaan merupakan antara program sempena Himpunan Orang Muda.

Sementara itu, Pengerusi Pemuda BN Kedah Badrol Hisham Hashim berkata, karnival kerjaya yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan dan lebih 20,000 golongan muda hadir untuk mencari peluang pekerjaan.

Beliau berkata, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan itu mendapat pekerjaan di syarikat dan agensi yang mengambil bahagian serta benar-benar memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...