Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

APA PULAK MAT-MAT BANGLA INI bUAT???ada RAHSIA BESAR NIH !!!



PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN,

Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.

PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI  KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP
Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!

PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM,  KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP
Ulasan kita:

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran?  Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini.

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.

(Sumber: Intelligence))

Tuesday, 23 April 2013

MACAM SIAL..! Anak Calon DUN Port Dickson N33 Terlibat Kes Samun !!!

Pendedahan dan pembongkaran sudah dibuat....

TETAPI pihak PKR memang suka memilih calon yang punyai masalah moral sebab Bapak kepada segala masalah moral berasal dari parti ini..!

Ayuh kita baca kisahnya di SINI

Tuesday, 9 April 2013

Gempar !!! Lagi Kemelut Serius Melanda PKR ???


Nampak gayanya, kemelut yang melanda Parti Keadilan Pahang saban hari semakin merebak. Ianya bertambah buruk dari hari ke hari.

Jika sebelum ini, Pengerusi PKR Pahang disambut dengan laungan 'Boo...' oleh para pengikut sendiri dihadapan khalayak ramai, ianya menjadi semakin buruk.

Lewat malam semalam, 300 orang ahli telah bertindak keluar dari parti tersebut dan berikrar akan menyokong Barisan Nasional serta kepimpinan Datuk Seri Najib.

Hari ini, kita sekali lagi digemparkan dengan keputusan Ketua Cabang PKR Paya Besar yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Tambah mengharukan, Ketua AMK Paya Besar juga turut akan mengambil tindakan yang sama dan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Lepar.

Kedua - dua mereka dilaporkan membuat tindakan tersebut sebagai tanda protes terhadap keputusan yang dibuat oleh pimpinan PKR Pusat sebelum ini.

Dalams atu ceramah yang sama dimana Datuk Fauzi di 'Boo...' oleh ahli PKR, Anwar Ibrahim telah turut memperkenalkan calon Parlimen Paya Besar iaitu Hidayah Murni.

Pengumuman tersebut juga turut mendapat bantahan dan kecaman dari kalangan ahli - ahli PKR Paya Besar sendiri termasuk Ketua Cabangnya.

Maka sekarang memang sah yang Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim itu jelas tidak mendengar lansung denyut nadi ahli akar umbi. 

Jadi, bagaimana mungkin mereka boleh diberi kepercayaan untuk mendengar luahan hati rakyat secara keseluruhan yang tidak ada kaitan dengan parti itu nanti? Adakah ini yang digelarkan sebagai pejuang Rakyat? Kalau Haprak Rakyat tu, memang kena sangat la!!!

KUANTAN 8 April - Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini semakin bercelaru apabila Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat, 52, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Paya Besar. 

Selain Zahari, turut mengumumkan akan bertanding calon bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar. 

Zahari berkata, kedua-dua mereka kini masih lagi ahli PKR. "Hari ini, saya sekadar ingin memaklumkan saya akan bertanding bebas di Parlimen Paya Besar dan Mohamad Fauzi di DUN Lepar. 

"Sebab dan perkara lain akan dimaklumkan kemudian pada sidang akhbar yang akan diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi," katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas membeli borang untuk bertanding calon bebas di Pejabat SPR negeri di sini, hari ini.

Friday, 5 April 2013

Terkini !!! Ketua Kaum India PKR Permatang Pauh Pula diugut


BUKIT MERTAJAM 5 April - Ketua Kaum India Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, N.Ponnusamy hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan ancaman keselamatan malam tadi.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini pada 11.30 pagi ini.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Ponnusamy percaya ugutan itu ada kaitan dengan kenyataannya dalam sebuah akhbar yang mendakwa kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendalangi isu video melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, beliau menerima ugutan pertama menerusi panggilan telefon pada 8.23 malam tadi yang mahu beliau berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan terhadap Azmin.

"Saya buat tidak kisah sahaja mengenai ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali itu kerana menganggap hanya ugutan biasa, bagaimanapun apabila bangun pagi ini dan ketika mahu menggunakan kereta, saya ternampak satu tulisan menggunakan "pen maker" warna merah yang menulis "cpt (cepat) mungkin dpt (dapat) peluru," katanya.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Nurul Izzah dipercayai didalangi kem penyokong Azmin bagi menghalang penguasaan naib presiden parti itu dan ibunya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam parti itu.

Ponnusamy, 43, dilaporkan turut meminta Anggota Parlimen Gombak itu berhenti menyerang Dr Wan Azizah menerusi Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak kenyataan biadab terhadap Presiden PKR.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah mengesahkan menerima laporan itu dan katanya siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

Video !!! Bongkar !!! Bekas Org Kuat PKR Lembah Pantai Terima Ugutan Gangster.


Hebat Anak Anwar nie rupanya nampak baik didepan akan tetapi Ganas jugak sampai boleh bawa Pencacai untuk mengugut Bekas Orang kuat PKR lembah pantai untuk membongkar penipuan.

M.Parthiban Bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Nurul Izzah telah mengadakan Sidang Akhbar membongkar penipuan Nurul Izzah, secara tiba-tiba seorang gangster yang merupakan pengikut tegar PKR telah mengacau dan cuba mengugut Parthiban.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.

Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.

"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat

Setelah beberapa ketika meng'ushar' Parthiban dan Md Noor dari jauh, seorang dari mereka iaitu Bidin Besi, tokey kedai besi di P20, yang juga menjaga Bilik Gerakan PKR P20, telah bertindak lebih gangster di hadapan semua press yang hadir bila menepuk Parthiban dan memberi amaran.

Nurul Izzah Besi selalu menuduh UMNO Lembah Pantai mengamal politik keganasan. Ini bukti bahawa PKR di bawah Nurul Izzah lah pengamal politik keganasan.

KLIK Sini Untuk Tonton Video



Terkini !!! Anwar Hanya Umum Calon Kerusi Lumut dan Padang Rengas ???


Anwar Ibrahim mengumumkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dua kerusi Parlimen iaitu Lumut dan Padang Rengas.

Calon Parlimen Lumut ialah bekas Laksamana Pertama bersara TLDM, Jeneral (B) Mohd Imran Abdul Hamid manakala Padang Rengas iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak. 

Pengumuman dibuat pada siri Jelajah Kemerdekaan di Taman Semarak, di sini, malam tadi. 

Anwar juga meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding kerusi Parlimen di Perak atau sebaliknya.

Jika YB Dato Seri Mohd Nazri Bin Tan Sri Dato' Abd Aziz masih mahu bertanding maka beliau akan berhadapan dengan calon muda PKR Dr Meor Ahmad Isharra Ishak.

Apa Dah Jadi Dengan PAS DAN PKR LEnggong?



Jentera pilihanraya umum 13, Majlis Tindakan Dun (MTD,) DUN (N.04) Kota Tampan yang mewakili sebanyak,15 Unit Peti Undi (UPU) di sini, membuat keputusan drastik memutuskan dengan sebulat suara, menolak parti PKR yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Tampan, setelah mendapati PKR tidak mempunyai jentera dan sokongan dari pengundi yang dapat membantu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Menurut Pengarah MTD DUN Kota Tampan, sdr Abu Ammar Mohammad, 50, tindakan ini berdasarkan keputusan dibuat oleh kesemua pengarah-pengarah dan jentera PRU13 PAS, di UPU-UPU yang bertanding.

Tambah Abu Ammar, penolakan jentera PAS terhadap PKR, bertitik-tolak daripada hasil soal selidik yang telah di lakukan jentera PAS di sepanjang tahun, berkenaan penerimaan masyarakat pengundi terhadap calon dari parti manakah yang di terima oleh masyarakat pengundi di sini, yang di percayai boleh memenangkan Pakatan Rakyat.

Tindakan yang dibuat oleh jentera PAS di peringkat akar umbi ini, berdasarkan kepada realiti hasil gerak kerja berterusan mendekati pengundi di Parlimen Lenggong, sejak 5 tahun lalu.

Bertindak untuk memenangkan PR disini, jentera pas mengambil kira suara penyokong penyokongnya yang mahukan PR meletakkan calon daripada parti PAS, kerana penyokong mereka di sini lebih mempercayai kewibawaan PAS untuk memenangi kerusi di pertandingkan dan seterusnya dapat menerajui masyarakat dengan lebih telus.


Di akhir pertemuan bersama jentera PRU PAS TD Kota Tampan, Abu Ammar mewakili suara pengarah-pengarah UPU DUN Kota Tampan yang bertanding, telah bertegas mahu meletakkan calon di wakili PAS dan menolak calon dari parti PKR berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

1. PKR tidak pernah sama-sekali menonjol dan memperkenalkan siapakah calon berwibawa dari parti itu untuk di nilai oleh masyarakat setempat, yang dipercayai boleh memenangi hati pengundi-pengundi sebagai calon yang diterima oleh masyarakat 5 tahun kebelakangan ini.

2. Organisasi PKR Cabang Lenggong, telah lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang Ajk Cabang, yang diragui tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik bagi menghadapi PRU 13 akibat krisis dalaman parti itu.

3. PKR tidak mempunyai jentera di peringkat UPU dan Cabang untuk melaksanakan misi besar bagi memenangkan calon dan membantu kemenangan PR di sini.

Tambah Abu Ammar, jentera PAS juga mengambil inisiatif tentang semangat dalam Pakatan Rakyat untuk memacu kemenangan PR disini, dengan mengambil kira parti mana yang boleh diterima oleh masyarakat pengundi untuk memenangkan PR.

Tujuan jentera peringkat akar umbi PAS, bukanlah bermaksud mahu merebut kerusi di pertandingkan. Tetapi mengambil kira setiap aspek yang boleh mendatangkan kemenangan kepada PR menurut penerimaan pengundi-pengundi setempat terhadap kewibawaan pemimpin yang akan diangkat mewakili rakyat khususnya di DUN Kota Tampan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...