Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 5 April 2013

Apa Dah Jadi Dengan PAS DAN PKR LEnggong?



Jentera pilihanraya umum 13, Majlis Tindakan Dun (MTD,) DUN (N.04) Kota Tampan yang mewakili sebanyak,15 Unit Peti Undi (UPU) di sini, membuat keputusan drastik memutuskan dengan sebulat suara, menolak parti PKR yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Tampan, setelah mendapati PKR tidak mempunyai jentera dan sokongan dari pengundi yang dapat membantu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Menurut Pengarah MTD DUN Kota Tampan, sdr Abu Ammar Mohammad, 50, tindakan ini berdasarkan keputusan dibuat oleh kesemua pengarah-pengarah dan jentera PRU13 PAS, di UPU-UPU yang bertanding.

Tambah Abu Ammar, penolakan jentera PAS terhadap PKR, bertitik-tolak daripada hasil soal selidik yang telah di lakukan jentera PAS di sepanjang tahun, berkenaan penerimaan masyarakat pengundi terhadap calon dari parti manakah yang di terima oleh masyarakat pengundi di sini, yang di percayai boleh memenangkan Pakatan Rakyat.

Tindakan yang dibuat oleh jentera PAS di peringkat akar umbi ini, berdasarkan kepada realiti hasil gerak kerja berterusan mendekati pengundi di Parlimen Lenggong, sejak 5 tahun lalu.

Bertindak untuk memenangkan PR disini, jentera pas mengambil kira suara penyokong penyokongnya yang mahukan PR meletakkan calon daripada parti PAS, kerana penyokong mereka di sini lebih mempercayai kewibawaan PAS untuk memenangi kerusi di pertandingkan dan seterusnya dapat menerajui masyarakat dengan lebih telus.


Di akhir pertemuan bersama jentera PRU PAS TD Kota Tampan, Abu Ammar mewakili suara pengarah-pengarah UPU DUN Kota Tampan yang bertanding, telah bertegas mahu meletakkan calon di wakili PAS dan menolak calon dari parti PKR berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

1. PKR tidak pernah sama-sekali menonjol dan memperkenalkan siapakah calon berwibawa dari parti itu untuk di nilai oleh masyarakat setempat, yang dipercayai boleh memenangi hati pengundi-pengundi sebagai calon yang diterima oleh masyarakat 5 tahun kebelakangan ini.

2. Organisasi PKR Cabang Lenggong, telah lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang Ajk Cabang, yang diragui tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik bagi menghadapi PRU 13 akibat krisis dalaman parti itu.

3. PKR tidak mempunyai jentera di peringkat UPU dan Cabang untuk melaksanakan misi besar bagi memenangkan calon dan membantu kemenangan PR di sini.

Tambah Abu Ammar, jentera PAS juga mengambil inisiatif tentang semangat dalam Pakatan Rakyat untuk memacu kemenangan PR disini, dengan mengambil kira parti mana yang boleh diterima oleh masyarakat pengundi untuk memenangkan PR.

Tujuan jentera peringkat akar umbi PAS, bukanlah bermaksud mahu merebut kerusi di pertandingkan. Tetapi mengambil kira setiap aspek yang boleh mendatangkan kemenangan kepada PR menurut penerimaan pengundi-pengundi setempat terhadap kewibawaan pemimpin yang akan diangkat mewakili rakyat khususnya di DUN Kota Tampan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...