Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Terkini !!! Di Khabarkan Ibrahim Ali Di Risik Tun M


Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau sangat menghargai pelawaan itu kerana sebelum ini pernah berkhidmat di dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda, exco Pemuda, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya hargailah pandangan Tun (Dr. Mahathir) terhadap diri saya kerana mungkin dia ikuti dan mengenali saya dengan agak lama, dan dia tahu baik buruk saya. Saya terserah, hanya nak berkhidmat kepada rakyat dan hanya nak berjuang untuk agama bangsa dan negara.

"Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Dewanraya Jalan Suria, Bandar Seri Alam, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk termasuk kira-kira 600 masyarakat Sulu di sekitar Pasir Gudang.

Menurut Ibrahim, beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ketika di dalam UMNO dan pengguguran tersebut mencabar maruahnya, menyebabkan dia melakukan 'sedikit' tindak balas.

"Mungkin waktu itu saya terlanjur sedikit, tetapi kita kena lihat apa yang terjadi. Itulah buktinya saya kasih kepada UMNO, kalau digugur dan tidak lawan maknanya saya tidak sayangkan UMNO.

"Tetapi saya begitu sentimental dengan UMNO, sebab itu saya lawan. Saya tiada berjumpa dengan sesiapa tentang hal ini (tiket BN), saya mahukan kestabilan politik negara," katanya.

Ibrahim kali pertama menjadi Ahli Parlimen pada 1986 mewakili BN sebelum keluar UMNO untuk menyertai Semangat 46 dan kalah dalam pilihan raya umum berikutnya.

Beliau kemudian bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum 2004 dan dalam pilihan raya empat tahun kemudian menang atas tiket Pas tetapi mengumumkan beliau wakil rakyat bebas yang mesra BN. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 6 April 2013

PANAS !!! Ibrahim Akan Dedah Rahsia Aset Beberapa Pemimpin Pembangkang???


Dua rahsia besar berkaitan pegangan aset beberapa pemimpin pembangkang serta kerjasama antara Pas, DAP dan PKR akan didedahkan selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Dua perkara yang dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia dan menggugat kepercayaan penyokong terhadap parti pembangkang itu akan didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, beliau akan mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mendedahkan rahsia tersebut.

"Saya tidak boleh beritahu lagi kandungan rahsia tersebut tetapi apa yang pasti, rahsia itu akan mengejutkan banyak pihak kerana melibatkan aset yang dipegang oleh pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang selain daripada masalah kerjasama yang timbul antara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berikutan wujud akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau untuk menyebarkan fitnah, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Ibrahim juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas yang kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai ahli Parlimen Bebas. - UTUSAN ONLINE


Saturday, 12 January 2013

Bukti kuat Umeno bayo Perkasa utk menangis !!!


Wahai Ibrahim Ali berapa UMNO Kedah bayaq kat hang suruh menangis kat Pedu tue.Nampak macam tak berapa ikhlas aje menangis atas nama Islam..Betul atau air mata diletakkan Eye-mo..huhuhu

Perkasa semalam telah membawa lebih 12ribu ahli yang telah dikutip diseluruh negeri dikawasan utara untuk hadir berdemo di Pedu, Kedah Darul Aman..

Rasanya Ahli Perkasa dikawasan utara tak sampai kot banyak tue?agak aje lah mana tahu kot-kot silap...? Tapi yang hadir tue sudah tentu telah diberi serba sedikit duit poket dan habuan untuk kesana.Kalau tak bagi mustahil dapat kumpul seramai ini...

Pak Berahim nie berlakon aje der nie semuanya kerana bajet pilihanraya!!!! Nak tunjuk kekuatan lepas nie boleh la claim banyak pasal dah cipta rekod perhimpunan terbesar di Kedah...

12 ribu kalau seorang rm 100 kali 12 ribu fuhh 120 ribu telah hangus untuk program tak sampai beberapa jam aje...Dahsyat Perkasa nie belanja duit.....Sape yang kasi ek? Video dibawah



MatKilau Penang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...