Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 8 March 2013

Terkini Dari Perak:Tian Chuak di bakar dihadapan Pejabat Pkr Perak??



Apa yang berlaku sebenarnya...Mari kita tengok cerita dibawah...



Satu demonstrasi telah diadakan di Hadapan Pejabat Pkr Perak berikutan dengan tindakan Tian Chua yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Pejuang Lahad Datu yang telah terkorban tempoh hari.

Kumpulan Anak Muda yang terdiri daripada pelbagai kelompok kumpulan yang datang nya dari latar belakang yang berbeza bagi menyatakan hasrat menentang kebiadaban Tian Chua yang telah menghina mangsa yang terkorban di lahad Datu.

Perhimpunan tersebut juga menemplak sikap tidak beranggungjawab pihak berkenaan dengan menyatakan kematian pejuang satu sandiwara dan satu konspirasi UMNO







































Video Penuh [SINI]


Terkini Bandar Lahad Datu ! Harap Penduduk Bersabar...






Kawalan keselamatan ditingkatkan di jalan menuju ke bandar Lahad Datu
Pasukan keselamatan tidak akan berkompromi dalam apa juga keadaan di Lahad Datu

[WAJIB BACA] : PERCEROBOHAN SABAH CUBA WUJUDKAN KEADAAN TIDAK STABIL MENJELANG PILIHAN RAYA - PENGANALISIS POLITIK


Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan.

Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata insiden pencerobohan itu boleh mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang mempersoal kewajaran isu tuntutan Sabah dibangkitkan semula, berpendapat rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri melalui usaha kerajaan menangani masalah itu.

"Mungkin ada pihak yang mahu lahirkan keadaan tidak menentu supaya rakyat melihat kerajaan berada dalam situasi yang tidak stabil. Pengundi harus menilai keberkesanan pendekatan yang dilakukan kerajaan sejak awal dalam usaha mengelak berlaku sebarang tragedi walaupun akhirnya pasukan keselamatan negara perlau dihantar ke lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Professor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berpendapat pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu melaga-lagakan Malaysia dengan Filipina tetapi beralih kepada tuntutan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu' kerana dilihat sebagai isu yang 'lebih mudah dan lama'.

"Mereka mahu wuduhkan keadaan tidak stabil terutama di kawasan sebelah Laut Sulu. Tapi kita tak tahu adakah ia akan menyebabkan pilihan raya dilambatkan. Dan kalau dilambatkan, adakah akan menguntungkan? Kita tidak pasti.

"Tapi ia boleh sebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan benar-benar berusaha melindungi mereka," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di kangan pada Ahad turut melahirkan rasa hairan dengan kehadiran kumpulan itu ke Sabah semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah sudah lama dibuat.

Dalam pada itu, kedua-dua penganalisis politik itu juga sependapat pencerobohan di Lahad Datu mungkin juga bertujuan mencabar kewibawaan Najib sebagai perdana menteri terutama dalam menangani masalah berkenaan.

Menurut Zainal Abidin, sejak menjadi menteri besar Pahang pada 1982, Najib belum pernah diuji sama ada dari dalam atau luar parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi beliau sudah buktikan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan pentadbiran..dengan transformasi ekonomi, turun padang dan sebagainya. Kita juga pelu tahu bahawa beliau ialah bekas menteri pertahanan yang faham isu-isu berkaitan," katanya.

Kedua-dua penganalisis itu juga sependapat krisis yang berlarutan kini jelas tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara.

Sementera itu, tokoh sejarah Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai pendapat berbeza, iaitu mereka yang menggelar keturunan 'Kesultanan Sulu' itu menuntut Sabah kerana kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi negeri itu pada masa ini.

"Bahagian Sulu sudah lama mahu menubuhkan sebuah negara bebas, mereka pernah lawan dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipinan.

"Kalau mereka boleh dapat Sabah, dengan kemajuan yang dikecapi Sabah sekarang, Sulu boleh jadi negara yang berjaya, itu tujuan sebenar mereka," katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak menangani kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sivamurugan berkata: "Banyak perkara yang perlu diambil kira. Memang pasukan keselamatan mempunyai kelengkapan yang mencukupi tetapi ia suatu pendekatan untuk mengelak pertumpahan darah."

Zainal Abidin pula berkata 'kelewatan' itu bukan satu kelemahan, sebaliknya beliau memuji tindakan kerajaan mengadakan rundingan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum melancarkan tindakan ofensif.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 Feb lepas dan memuncak pada Jumaat apabila dua anggota polis terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan itu, tiga hari selepas tamat tempoh pengusiran.

Enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna pada Sabtu, sebelum pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif besar-besaran melalui udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh itu pada Selasa.

Gempar Jeneral Sultan Sulu mati??




Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.

Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.

Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.

"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau. – Kosmo

HELAH PEMBERONTAK UNTUK LARI KE FILIPINA - PENGANALISIS PERANG



Tindakan kerajaan Malaysia menolak rayuan waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III supaya pasukan keselamatan negara yang menggerakkan Operasi Daulat menggencat senjata adalah satu tindakan yang terbaik.

Walaupun pengganas berkata untuk mengelakan daripada banyak nyawa terkorban tetapi itu dilihat seolah-olah satu helah untuk mereka lari semula ke pulau-pulau di Filipina.

Jika mereka khuatir banyak nyawa akan terkorban mereka perlu mengambil tindakan menyerah diri kepada kerajaan Malaysia bukannya meneruskan perjuangan dalam keadaan yang lemah.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah berunding lebih 3 minggu dengan pengganas sebelum terjadinya peperangan, oleh itu peraturan hak-hak asasi manusia sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan begitu baik sekali.

Tiada sesiapa pun perlu mempertikaikan hak asasi manusia kepada pengganas yang yang tidak pernah mematuhi peraturan ini sehingga membunuh anggota keselamatan dengan begitu kejam sekali.

Tindakan kerajaan Malaysia adalah tegas dan wajar dengan memberi kata dua samada pengganas akan serah diri tanpa syarat atau mereka akan diperangi habis-habisan.

Kemungkinan besar pengganas Sulu mendapat dana daripada daripada individu tertentu dalam Malaysia sendiri kerana pengganas dilihat mempunyai kemudahan dan peralatan peperangan yang agak canggih.

Oleh itu dengan tindakan mengektradisi Jamalul Kiram III ke Malaysia untuk dibicarakan mungkin akan terbongkar siapa dalang disebalik pencerobohan ini.

Apa pun tahniah kepada pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi untuk mempertahankan bumi Malaysia daripada pengkhianat bangsa yang kini masih bebas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...