Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 8 March 2013

NAJIB ADALAH PENGGANAS... ???



"Sebenarnya Najib Razak lah yang sebenarnya pengganas.., bukannya kaum kerabat Sultan Sulu yang mahu menuntut kembali hak mereka dibumi Sabah.." kata Puteri Sultan Sulu. Jacel Kiram, anak perempuan kepada Kiram III menegaskan demikian ketika mengulas dakwaan bahawa penceroboh Sulu di Filipina adalah pengganas.

Jacel juga mempersoalkan mengapa Najib sanggup melancarkan serangan udara dan darat kepada hanya 200 orang pengikut bapanya sedangkan mereka langsung tidak bersalah. Bagi Jacel, orang-orang kesultanan Sulu hanya mahu hak mereka dikembalikan.

"Jadi Pak Razak, anda justeru lebih pengganas bersama pasukan bersenjata anda, yang ingin menghabiskan Raja Muda Kiram dan orang orang kesultanan Sulu.., jadi siapa yang ganas?" soalnya ketika ditemubual media Filipina.

Anak perempuan Kiram III itu juga menegaskan bahawa para pengikut bapanya pergi ke Sabah untuk menetap di tanah mereka sendiri dan bukan untuk melancarkan perang.

"Apakah kerabat saya atau bahkan orang orang kesultanan dianggap pengganas jika mereka mengunjungi tanah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke rumah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke tanah milik mereka sendiri? Mereka tidak pergi ke sana untuk berperang tapi untuk menetap, untuk menetap di tanah mereka sendiri," katanya lagi.



Misuari dendam dengan Malaysia?




Nur Misuari dalam kenyataan terbarunya tidak dapat menyembunyikan lagi dendam kesumatnya pada Malaysia bila membuat kenyataan 2,000 kaum Tausug Selatan Filpina akan dihantar untuk ‘reinforce’ pasukan penceroboh mereka yang terkepung, dihujani peluru dari setiap sudut dan membilang detik bilakah akan gugur di bumi Sabah kini.

Sementara itu media Filipina pula memetik kenyataan seorang pemimpin MNLF 10,000 Tausug, majoriti kombatan MNLF akan dikerah membantu gerombolan mereka yang tersepit di pantai Timur Sabah kini. Soalnya adakah mereka mempunyai kekuatan yang didakwa atau sekadar retorik semata-mata.
Elok kita imbau semula sejarah MNLF. Ianya diasaskan oleh Prof. Nur Misuari, seorang pensyarah Universiti Manila setelah tercetusnya peristiwa Jabidah Massacre di Pulau Corrigedor Luzon pada tahun 1968. Dalam peristiwa itu lebih kurang 200 pemuda Tausug mati dibunuh kerana enggan mematuhi misi menyerang Sabah. Ekoran itu,  berlaku penentangan secara mengangkat senjata di Selatan Filipina menentang kerajaan(GRP). Misuari mengetuai MNLF yang disokong oleh kesemua etnik Islam yang lain.
Diakhir 60an dan 70an ratusan ribu umat Islam terkorban dan ramai melarikan diri ke Sabah. Kedatangan mereka tahun 70an diiktiraf oleh UNHCR dan mereka diberi status pelarian. Oleh itu beb. pusat perlindungan dibuka di Sabah, antaranya di Kinarut. Pada era 80an mereka yang datang ke Sabah dikategorikan Penghijrah ekonomi bila perang telah reda.

Misuari tidak lama berjuang bersama pengikutnya. Dia lari mendapatkan suaka politik di Arab Saudi dan Libya. Beliau hanya sekali sekala pulang secara sulit menemui pengikutnya di Selatan Filipina melalui Sabah. Di Jampiras Sandakan ada sebuah bot laju khas dengan injin kuasa tinggi untuk pengikutnya membawanya pulang secara rahsia. Kemudian dia pulang lagi ke Saudi.

Perjanjian Tripoly 1976 Pres. Marcos/Misuari tidak pernah dihormati oleh Manila. Hanyalah Peace Agreement antara MNLF/Pres. Fidel Ramos berjaya dan sebagai ganjaran Misuari di beri jawatan Gabenor ARMM. Perkembangan ini sebenarnya melemahkan MNLF. Ramai kombatannya sudah menggantung senjata dan sebahagian kecil saja diserapkan dalam Polis(PNP).

Sebab itulah setelah gagal pemberontakan Misuari 2001, jumlah yang setia padanya makin mengecil sekitar 1,000 anggota bersejata. Mereka diserang  oleh ATF tahun 2004-2007 tetapi kurang berupaya melawan. Sejak Misuari ditahan, MNLF berpecah kepada 4 kumpulan.

Apakah hubungan MNLF dengan Kump. Abu Sayyaf(ASG). Memang betul ASG ditubuhkan oleh Abdul Razak Janjalani, bekas pemimpin MNLF kerana tidak puashati dengan Misuari tetapi mereka semua satu kaum dan ada talian keluarga. Kumpulan Misuari turut membantu ASG jika diserang ATF, begitu juga sebaliknya. Salah satu ‘hallmark’ atau ciri khas ASG ialah penggal kepala ATF yang ditawan. Mereka tidak dijadikan tebusan tetapi disembelih terus. Hal ini banyak diceritakan ATF semasa saya bertugas di Filipina dulu.

Cara inilah yang telah menimpa peg/anggota kita di Semporna baru-baru ini. Jadi tidak mustahil ada elemen ASG bersama dalam kumpulan penceroboh itu. ASG cekap dan berpengalaman perang gerila, mengumpan musuh mereka dan membunuh dengan kejam. Kalau kita melawat hospital tentera di Kem Navaro, Zamboanga, kita akan melihat ramai askar cacat dan makan gaji buta kerana bertempur dengan ASG. Meskipun 1 komp tentera US ditempatkan di Zamboanga untuk membantu GRP dari teknikal/nasihat tapi ASG masih tercokol dan masih merbahaya sungguhpun pemimpin dan ahlinya mati silih berganti.
Oleh itu dakwaan 10,000 ahli MNLF bersenjata untuk ke Sabah hanyalah GSPS mereka. Tetapi jangan lupa mereka handal bertempur secara gerila di laut dan pulau-pulau kecil. Mereka biasa perang secara gerila dan tahu risiko bila perang terbuka dengan jumlah yang didakwa ramai itu.

Terkini Dari Perak:Tian Chuak di bakar dihadapan Pejabat Pkr Perak??



Apa yang berlaku sebenarnya...Mari kita tengok cerita dibawah...



Satu demonstrasi telah diadakan di Hadapan Pejabat Pkr Perak berikutan dengan tindakan Tian Chua yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Pejuang Lahad Datu yang telah terkorban tempoh hari.

Kumpulan Anak Muda yang terdiri daripada pelbagai kelompok kumpulan yang datang nya dari latar belakang yang berbeza bagi menyatakan hasrat menentang kebiadaban Tian Chua yang telah menghina mangsa yang terkorban di lahad Datu.

Perhimpunan tersebut juga menemplak sikap tidak beranggungjawab pihak berkenaan dengan menyatakan kematian pejuang satu sandiwara dan satu konspirasi UMNO







































Video Penuh [SINI]


Terkini Bandar Lahad Datu ! Harap Penduduk Bersabar...






Kawalan keselamatan ditingkatkan di jalan menuju ke bandar Lahad Datu
Pasukan keselamatan tidak akan berkompromi dalam apa juga keadaan di Lahad Datu

[WAJIB BACA] : PERCEROBOHAN SABAH CUBA WUJUDKAN KEADAAN TIDAK STABIL MENJELANG PILIHAN RAYA - PENGANALISIS POLITIK


Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan.

Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata insiden pencerobohan itu boleh mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang mempersoal kewajaran isu tuntutan Sabah dibangkitkan semula, berpendapat rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri melalui usaha kerajaan menangani masalah itu.

"Mungkin ada pihak yang mahu lahirkan keadaan tidak menentu supaya rakyat melihat kerajaan berada dalam situasi yang tidak stabil. Pengundi harus menilai keberkesanan pendekatan yang dilakukan kerajaan sejak awal dalam usaha mengelak berlaku sebarang tragedi walaupun akhirnya pasukan keselamatan negara perlau dihantar ke lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Professor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berpendapat pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu melaga-lagakan Malaysia dengan Filipina tetapi beralih kepada tuntutan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu' kerana dilihat sebagai isu yang 'lebih mudah dan lama'.

"Mereka mahu wuduhkan keadaan tidak stabil terutama di kawasan sebelah Laut Sulu. Tapi kita tak tahu adakah ia akan menyebabkan pilihan raya dilambatkan. Dan kalau dilambatkan, adakah akan menguntungkan? Kita tidak pasti.

"Tapi ia boleh sebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan benar-benar berusaha melindungi mereka," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di kangan pada Ahad turut melahirkan rasa hairan dengan kehadiran kumpulan itu ke Sabah semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah sudah lama dibuat.

Dalam pada itu, kedua-dua penganalisis politik itu juga sependapat pencerobohan di Lahad Datu mungkin juga bertujuan mencabar kewibawaan Najib sebagai perdana menteri terutama dalam menangani masalah berkenaan.

Menurut Zainal Abidin, sejak menjadi menteri besar Pahang pada 1982, Najib belum pernah diuji sama ada dari dalam atau luar parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi beliau sudah buktikan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan pentadbiran..dengan transformasi ekonomi, turun padang dan sebagainya. Kita juga pelu tahu bahawa beliau ialah bekas menteri pertahanan yang faham isu-isu berkaitan," katanya.

Kedua-dua penganalisis itu juga sependapat krisis yang berlarutan kini jelas tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara.

Sementera itu, tokoh sejarah Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai pendapat berbeza, iaitu mereka yang menggelar keturunan 'Kesultanan Sulu' itu menuntut Sabah kerana kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi negeri itu pada masa ini.

"Bahagian Sulu sudah lama mahu menubuhkan sebuah negara bebas, mereka pernah lawan dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipinan.

"Kalau mereka boleh dapat Sabah, dengan kemajuan yang dikecapi Sabah sekarang, Sulu boleh jadi negara yang berjaya, itu tujuan sebenar mereka," katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak menangani kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sivamurugan berkata: "Banyak perkara yang perlu diambil kira. Memang pasukan keselamatan mempunyai kelengkapan yang mencukupi tetapi ia suatu pendekatan untuk mengelak pertumpahan darah."

Zainal Abidin pula berkata 'kelewatan' itu bukan satu kelemahan, sebaliknya beliau memuji tindakan kerajaan mengadakan rundingan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum melancarkan tindakan ofensif.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 Feb lepas dan memuncak pada Jumaat apabila dua anggota polis terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan itu, tiga hari selepas tamat tempoh pengusiran.

Enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna pada Sabtu, sebelum pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif besar-besaran melalui udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh itu pada Selasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...