Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 18 April 2013

Panas !!! Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Marah-Marah Ni???


Berikut adalah kenyataan Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pengerusi Pemuda BN, berhubung dengan penyenaraian ramai orang muda dan baru sebagai calon BN pada PRU-13.

Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 

Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.

Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini. 
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya. 

Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa. 

Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan.


PANAS TERIK !!! PERKEMBANGAN TERKINI VIDEO TERLARANG MIRIP MUSTAFA ALI.???


          AIDC melaporkan :
Ada beberapa hujah dan dalil yg perlu diambil kira dalam artikel ini. Lihat bagaimana dalam hadis yang dipetik (Baca Sini) 
Walaupun Rasulullah tidak merejam perempuan itu tetapi tetap Baginda menilai peribadi perempuan itu. Itulah realiti kita hari ini.    
Kita bukannya nak mahupun menyebat malah takzir pun tidak. Tapi kita mahu nilai layak atau tidak orang2 ini.  
Jadi bukan qazaf. Di akhir2 artikel juga menyebut bahawa rakaman video tetap ada nilai dan gunanya dalam Islam kalaupun tak boleh untuk mensabitkan hukuman hudud zina.  
Jadi istilan yang lebih kemas ialah "rakaman video tidak boleh jadi bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina " tetapi video tetap diterima sebagai bukti untuk membuktikan suatu tahap yg lebih rendah seperti takzir atau lebih rendah lagi kelayakan seseorang dipilih untuk sesuatu amanah. Wallahua'lam.
Seperkara lagi, ramai yang memberi komen di dalam blog ini supaya 'tidak mengaibkan pemimpin'. MiM yakin mereka ini penyokong pembangkang dan mereka yang tidak mengikuti politik secara dekat.

Realitinya, Hadi Awang, Presiden PAS sendiri telah berkata :
"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. 
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.   
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini. 
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih  wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). 
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”

BACA LAGI DI MIM 

PANAS TERIK !!! Kumpulan Bloggers PCT desak Papa Gomo Tidak Bertanding PRU DI Permatang Pauh !!!

Hari Ini Anak Jati Bersama Perak Cyber Troopers ingin mendesak agar supaya Bloggers Papa Gomo supaya tidak bertanding menentang Anwar Di Pilihanraya Umum Ke 13 Di Parliement Permatang Pauh.

Kerana Apa Tujuan apa Anak Jati menulis sedemikian,Anak Jati Malaya beranggapan apabila Papa Gomo bertanding di Parliment Permatang Pauh ,Anak Jati beranggapan Ia mengacau undi di Parliment Permatang Pauh.

Kami di PCT mendesak supaya Papa Gomo Berundur dengan segala hormatnya daripada bertanding di Parliment Permatang Pauh.Kami mencadangkan jika benarlah Papa Gomo tidak bertanding ,Beliau boleh membantu Calon BN dalam kempen penghebahan tentang salah Laku Moral Anwar .

DI Pct kami juga bersepakat mendesak Anwar sekeras-kerasnya daripada bertanding di Parlimen Permatang Pauh .Nasihat Kami pada Papa Gomo Biarlah calon yang sesuai sahaja bertanding lawan Anwar di Permatang Pauh iaitu Calon dari BN iaitu  Dr Mazlan Ismail yang merupakan bekas orang kuat Pas.
Kita puji tindakan PapaGomo untuk terus menentang Anwar Ibrahim bukan sahaja di laman sosial bahkan berani berentap di sebagai calon Bebas PRU13 menentang Anwar Ibrahim. Tetapi, kita tidak mahu tindakan papagomo selama ini yg tidak pernah jemu menelanjangkan Anwar Ibrahim akhirnya merugikan kita semua.

Mengalah bukan beerti papagomo kalah, tapi kita perlu ada strategi untuk tumbangkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh PRU13. Kita bimbang dengan kewujudan 3 penjuru di Parlimen Permatang Pauh antara Papagomo (BEBAS), Dr. Mazlan (BN), Anwar Ibrahim (PKR) memberi untung kepada Anwar. Kita tidak mahu undi BN berpecah kepada dua yang akhirnya Anwar juga peroleh keuntungan. Harap papagomo mendengar nasihat ini supaya Anwar berjaya dikuburkan oleh Dr. Mazlan calon pilihan BN.

Kita juga berharap, kalaupun papagomo menarik diri daripada bertanding dalam PRU13 ini.. Kita tidak mahu papagomo berhenti menyerang Anwar Ibrahim melalui blog beliau. Ayuh papagomo, kita sama-sama bantu Dr. Mazlan tumbangkan Anwar ibrahim.

Ekslusif Dan Terkini !! Gambar2 Rampasan Perang Pengganas Sulu Ditemuii !!!



Dompet Yang Diisi Tangkal Dipercayai Ajaran Sesat



Antara Senjata Musuh Yang Dirampas




Senjata yang digunakan pengganas untuk menetak, mengerat dan menyiksa 
anggota keselamatan yang cedera



Seluar Dalam Putih Dan Tangkal 



Pakaian Perang dan Senjata



Senjata Yang Ditinggalkan Pengganas



Senjata Buatan Sendiri (Diubahsuai)


Pakaian Ditinggalkan Di Lokasi Persembunyian

PANAS SUAM !!! Lagi Meroyan Tahap Gaban !!! Sharif Dol Ancam Dan Ugut UMNO Kerana Tidak Terpilih Menjadi Calon ??!!


Alahai...Sudah-sudahlah Datuk Seri Shariff ooiii... jangan nak macam- macam.. dari apa yang Uruk dengar dan tengok dalam ceramah beliau malam kelmarin cukup menyakitkan hati Uruk kerana puak - puak mereka inilah yang sebenarnya duri dalam UMNO dan bagi Uruk merekalah yang memecah belahkan orang melayu dan UMNO itu sendiri.

Pada awal lagi kita sebenarnya telah diajar bagaimana untuk menghormati pemimpin kita namun apa yang Uruk lihat Datuk Seri Sharif sendiri tidak menghormati kepimpinan dan keputusan pimpinan tertinggi kita iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ceramah beliau kelmarin juga Uruk sendiri lihat bagaimana beliau sebenarnya mendesak, meminta-minta dan seolah-olah mengugut kepada UMNO dan Barisan Nasional agar meletakkan kembali namqa beliau sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor di atas tiket BN.

Korang semua dah lihat video ceramah beliau ?? Klik Sini http://www.youtube.com/watch?v=Yx3FLOGWEaw untuk Part1 ,part 2 dan part 3 juga si Anak Yang Sungai Derhaka upload di You Tube.

Gaya percakapan dan 'slang' juga mulai berubah seperti si al jubury dah Uruk tengok. CChhaaiitt !!

Apa semua ni ??..,adakah beliau mempunyai niat disebalik apa yang beliau lakukan ini ??..apa tidak cukupkah selama lebih  20 tahun terlibat secara langsung dalam politik dikawasan ? dan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian di suatu ketika dulu ?? dan tidak ada perasaan hormat dan akurkah pada 1 Transformasi demokrasi yang sedang Datuk Seri Najib lakukan ??

Juga satu lagi yang penting untuk kita perlu tahu, apakah himpunan malam kelmarin benar-benar mendapat sokongan rakyat ? Jika di amati ianya hanya mengumpulkan tak lebih dari 700 orang. Malah dalam kehadiran itu Uruk boleh mengesahkan 20% darinya adalah mereka-mereka dari kalangan parti pembangkang. Manakala 10% terdiri daripada pasukan keselamatan dan juga orang-orang UMNO yang taat setianya kepada parti hadir untuk melihat sejauh mana pemimpin terlibat mahu bertindak.

Jangan nak 'macam-macam' sangat Datuk Seri, Rakyat Tasek Gelugor ada mata, telinga mendengar dan melihat sejauh mana komitmen Datuk Seri dikawasan...dan sebenarnya Uruk juga mahu dedahkan lagi dari sumber Uruk, apa yang berlaku sewaktu Datuk Seri memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian dulu..

Tapi 'for now' lebih baik Uruk diamkan diri dari membuat apa-apa pendedahan mengenai beliau demi menjaga maruah Datuk Seri yang Uruk masih simpan sedikit rasa hormat atas apa yang Datuk Seri lakukan di Tasek Gelugor.

Selain itu juga Uruk juga mendapat tahu dari sumber bahawa beliau juga akan medaftarkan diri sebagai ahli PKR dan ditawarkan oleh DSAI jawatan TKM Pulau Pinang sekiranya tidak juga diberi apa-apa kata putus soal calon di Parlimen Gelugor.

Perkara sebegini juga nampaknya pihak pembangkang mulai mengambil kesempatan diatas scenario yang berlaku di Tasek Gelugor dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.

Uruk amat berharap peringkat tertinggi UMNO dapat membuat keputusan dengan secepat mungkin atas apa yang berlaku kerana beliau sememangnya mensabotaj parti, dan Uruk harap sekirannya benar beliau mahu beralih angin kepada pembangkang mohon di pecat serta merta jawatan dan ahli UMNO kerana parasit sebeginilah yang perlu UMNO dan BN bersihkan dari dahulu, mahupun dikawasan dan disetiap negeri di Malaysia yang aman dan makmur ini

Lagi SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...