Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 9 January 2013

HISHAMMUDDIN BAGI AMARAN !!!


Pihak pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dijadualkan anjuran mereka pada Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua pihak perlu memastikan agar perhimpunan tersebut tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih lalu.

"Saya berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan bersama pihak polis berhubung langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di Seremban selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini.

Turut hadir pada majlis taklimat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hishammuddin turut mengingatkan agar peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak keluar berarak beramai-ramai.

"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," SINI LAGI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget