Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 9 January 2013

PELABURAN TERBESAR MALAYSIA DI INDONESIA !!!


Hu memang terbaik lah kan apabila Scomi Group Bhd. (Scomi) melalui unit perniagaannya, Scomi Oiltools telah dianugerahkan kontrak bendalir penggerudian (DF) dan pengurusan sisa penggerudian di Indonesia.

Menurut kenyataannya, projek mega selama tiga tahun yang bernilai kira-kira RM380 juta itu adalah hasil kerjasama pertama antara Scomi dan E&P Indonesie (TEPI) yang bermula Julai ini.

"Kejayaan terbaharu ini merupakan satu- satunya projek terbesar (bagi Scomi) daripada aspek nilai kontrak yang diperoleh di Indonesia buat masa ini.

"Ini satu pengesahan kepada usaha berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk penyelesaian dan kualiti berkesan dalam penggerudian cecair," katanya kenyataan tersebut hari ini.

Menurut laporan UTUSAN ONLINE Presiden Unit Pasaran Scomi Oilltools, Wan Ruzlan Iskandar Wan Salaidin berkata, kejayaan memenangi kontrak berkenaan merupakan satu testimoni kepada syarikat dalam menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang berkualiti dalam industri minyak dan gas.

"Formula kami boleh bertahan dalam persekitaran penggerudian yang mencabar seperti telaga bersuhu tinggi dan sudut penggerudian melampau.

"Kami amat yakin untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti seperti yang dijangkakan oleh para pelanggan," ujarnya.

Tambah kenyataan itu, Indonesia merupakan salah satu pasaran utama bagi Scomi dalam sektor minyak dan gas.

Sebelum ini, Scomi telah dianugerahkan dengan kontrak di Myanmar dan Qatar yang masing-masing bernilai RM93.6 juta dan RM130 juta yang diumumkan pada tahun lalu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...