Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 9 January 2013

Keteguhan UMNO Jadi Agenda Utama Perkuat Jentera



KUALA LUMPUR, 2 Feb. – Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya menegaskan bahawa keteguhan parti adalah agenda utama dalam memastikan sokongan anggota dari semua peringkat di akar umbi.

Katanya, dengan keteguhan dan kekukuhan tersebut, maka jentera dan segala persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan mudah dilakukan tanpa perlu menghadapi pelbagai kerenah atau masalah-masalah lain.


“Bahagian Batu Sapi telah mempunyai jentera dan sekiranya PRU diadakan pada bila-bila masa maka secara keseluruhan yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu untuk terus mempertahankan kawasan terbabit,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Batu Sapi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong menjelaskan bahawa pilihan raya kecil Batu Sapi yang berlangsung 4 November 2010 memberi banyak kelebihan kepada bahagain tersebut dari segi mewujudkan jentera parti dan gerak kerja.

“Kita baru sahaja adakan pilihan raya kecil jadi jentera-jentera yang kita akan gunakan adalah yang bekerja dalam pilihan raya kecil tersebut cuma kita tambahkan untuk kebaikan dan pemantapan pada mana-mana yang kurang.

“Pelaksanaan secara terus dengan mendekati pengundi selain kita jalankan jalinan rakyat khususnya di kawasan Batu Sapi telah member impak positif dan kini kita telah mengenal pasti pengundi-pengundi serta latar belakang mereka,” katanya.

Jelas beliau pendekatan bersama-sama rakyat bukan saja dapat menyelami permasalahan mereka tetapi juga mampu mewujudkan komunikasi dua hala serta mendapatkan cadangan-cadangan dari peringkat akar umbi secara terus.

“Begitu juga di kawasan Tionghua misalnya di kawasan DUN Sekong yang pada baru-baru ini kita telah melancarkan pemberian limau mandarin kepada semua pengundi-pengundi bersempena Sambutan Tahun Baru Cina.”

Tegasnya, bagi PRU akan datang, bukan hanya wakil rakyat dan jentera yang bekerja tetapi rakyat juga telah bersedia untuk memberikan sepenuh sokongan kepada BN biar siapa pun calon yang akan diletakkan mewakili BN.

“Kita utamakan semangat bersatu dengan keteguhan parti dan percaya pucuk pimpinan cukup bijak bagi menentukan calon mana yang layak untuk mewakili rakyat dan memainkan peranan bagi masyarakat di sini,” katanya. – MediaUMNO


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...