Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 5 January 2013

JANDA KEMARUK SEKS 18 TAHUN SELEPAS BERCERAI!!!


Seorang janda muda yang baru sebulan berpisah dengan bekas suaminya ditahan bersama seorang lelaki yang juga kekasihnya ketika zaman persekolahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Padang Sera, dekat sini, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.

Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

“Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.

Katanya, pasangan itu akhirnya mengaku mereka hanya kawan dan pernah menjalinkan hubungan ketika zaman persekolahan sebelum wanita terbabit berkahwin dengan lelaki lain.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mereka kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil di pejabat PADKP,” katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...