Warga emas itu turut didakwa mencabul adik perempuan mangsa berusia 11 tahun.
Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dirogol ketika hendak memetik jambu di belakang rumahnya.
Menceritakan kejadian, mangsa hanya dikenali sebagai Lina, 14, berkata, dia dipeluk oleh warga emas itu dari belakang sebelum dirogol.
“Dia memaksa saya memegang kemaluannya namun saya enggan, saya menjerit namun dia menutup mulut saya sebelum merogol saya,” katanya.
“Saya ketakutan dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Beberapa hari kemudian, pak cik Am memanggil saya ke rumahnya dengan alasan mahu memberi ayam goreng kepada saya,” katanya, semalam.
Menurut Lina, dia tidak mengesyaki apa-apa terus memasuki rumah warga emas itu dan sekali lagi suspek merogolnya.
Lina berkata, dia keliru dan takut untuk memaklumkan kejadian kepada sesiapa.
“Bagaimanapun, saya akhirnya memaklumkan kejadian kepada ibu petang kelmarin kerana badan terasa kurang sihat selain sakit perut,” katanya.
“Ibu bertanyakan pelbagai perkara untuk mendapatkan pengesahan daripada saya. Pada masa sama, adik juga ada dan dia akhirnya turut mengaku dicabul pak cik Am.
“Adik memaklumkan pak cik Am pernah memberinya wang sebelum mencabulnya,” katanya.
Lina bersama ibu dan adiknya kemudian melaporkan kejadian terbabit di Balai Polis Parit Jawa kelmarin, sebelum dua beradik itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan.
Difahamkan, suspek turut mencabul seorang lagi anak jiran yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak malang itu dipercayai diumpan dengan makanan dan wang antara RM1 hingga RM50 sebelum dicabul.
Warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tinggal berdua dengan isterinya di kampung berkenaan manakala tiga anak mereka sudah bekerja dan menetap berasingan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian. – mymetro
sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment