Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 5 January 2013

LELAKI MENYOROK ELAK DITANGKAP KHALWAT PENGUATKUASA AGAMA ISLAM


TERUK BENO apabila Seorang pemuda sanggup berendam di dalam tangki air milik sebuah hotel bajet di Jalan Sekama, di sini bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang menjalankan operasi cegah maksiat sempena tahun baharu awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai menginap bersama teman wanitanya itu hanya sempat menyarungkan seluar sebelum melarikan diri menerusi tingkap dan terjun ke dalam tangki yang terletak di bahagian luar hotel.

Terdahulu, pemeriksaan ke atas sebuah bilik yang dihuni seorang wanita berusia 20-an mendapati terdapat beberapa barangan lelaki seperti baju, jam tangan, topi keledar dan kasut manakala tingkap bilik dalam keadaan terbuka luas.

Mengesyaki wanita berkenaan menyembunyikan sesuatu, beberapa penguatkuasa terus melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui teman lelakinya yang tidak berbaju sedang bersembunyi di dalam tangki air berkenaan.

Pegawai Penguat Kuasa Kanan JAIS, Kassim Yusop berkata, pasangan terbabit merupakan antara lapan pasangan yang dicekup di beberapa buah hotel bajet di sekitar bandar raya ini kerana disyaki berkhalwat menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bermula pukul 10.30 malam hingga 4 pagi.

"Kesemua pasangan yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan disiasat mengikut Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Kassim dalam pada itu memberitahu, operasi khas tersebut disertai 40 anggota JAIS, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Jabatan Imigresen serta Jabatan Kastam.

Katanya, lima lokasi yang menjadi tumpuan dalam operasi kali ini adalah kawasan sekitar Batu 7, Taman BDC, Jalan Mendu, Jalan Sekama serta sekitar kawasan Kuching Utara.

"Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah mereka yang terjebak dalam gejala sosial supaya tidak menggunakan hari cuti untuk berpacaran di tempat mencurigakan," katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...