Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 5 January 2013

MENYESAL!!!anggap ahli UMNO penghuni neraka???


SIK 3 Jan. - Penyesalan terus menyelubungi bekas Ketua Penerangan Pas Cawangan Teloi Timur, Shahrin Yahya apabila terkenangkan perbuatan silamnya mengutuk ahli-ahli UMNO dan menyifatkan mereka sebagai penghuni neraka ekoran terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Shahrin, 44, berkata, ketika itu amanat tersebut dijadikan modal untuknya menghentam ahli-ahli UMNO di kampung tersebut.

"Pada masa itu bila sebut sahaja Pas, saya bayangkan ahli Pas masuk syurga manakala ahli UMNO akan masuk neraka.

"Maaflah, selepas baca amanat itu maka yang menjadi mangsa adalah orang UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Shahrin menambah, dia telah insaf dengan perbuatan silam itu yang berpunca daripada ketaksuban terhadap amanat tersebut tanpa menyedari ia telah menyusah dan memecahbelahkan umat Islam.

Katanya, ahli-ahli Pas perlu bertaubat kerana soal syurga dan neraka adalah hak Allah dan bukannya seperti dinyatakan dalam amanat itu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Cawangan Teloi Timur, Roshidi Sobri, 37, berkata, dia pernah menganggap ahli UMNO sebagai orang kafir kerana tidak berjuang menegakkan Islam seperti dinyatakan dalam Amanat Haji Hadi.

Katanya, Hadi wajar tarik balik amanat daripada kelirukan umat Islam secara berterusan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130104/po_07/Menyesal-anggap-ahli-UMNO-penghuni-neraka#ixzz2H0pmeNUq © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...