Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 13 March 2013

HOT!!!Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok Ditumbuk !!

1334203269-picsay

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang sebelum ini telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi masyarakat India, sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan masyarakat setempat, khususnya masyarakat India. Ternyata, pengalaman lepas masih belum mampu mengajarnya.


Kejadian dilaporkan telah berlaku jam 9:45 malam pada 10 Mac lalu di bilik mesyuarat Pejabat Cabang PKR Merbok, Sungai Lalang, Sungai Petani melibatkan Ahli Parlimen Merbok itu dengan seorang Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok. Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok bernama Malika a/p Subramaniam tidak sahaja dipanggil HINDU PARIAH tetapi juga telah ditumbuk oleh Rashid Din.


Menurut sumber, kejadian berlaku semasa dalam sesi soal jawab. Tercetus pertengkaran dan perselisihan faham antara Malika dengan Rashid DIn. Malika tidak berpuas hati kerana enggan meminta maaf kepada Malika kerana beberapa isu selain gagal menjawab dan melayan semua usul yang dikemukakan. Rashid Din gagal mengawal perasaan, lantas cuba menumbuk muka Malika. Bagaimanapun, tumbukannya tersasar kerana Malika berjaya mengelak. Rashid Din bagaimanapun, cuba menumbuk lagi. Tumbukan kali kedua, masih tidak mengenai muka sebaliknya mengenai dada Malika, menyebabkan Malika terjatuh.

Apabila melihat Malika terjatuh, Rashid Din cuba menerkam tetapi ahli-ahli PKR yang lain di bilik mesyuarat tersebut, berjaya menangkap dan menghalang Rashid Din daripada terus mengerjakan Malika.
Pun begitu, Rashid Din terus menyeranah Malika sambil menggelarkan Malika sebagai HINDU PARIAH.
Mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan. Malika sebaliknya membuat laporan polis pada jam 11:46 malam di Balai Polis Bedong.

Pergaduhan, tumbuk-menumbuk, malahan cubaan membunuh seperti yang melibatkan Xavier Jeyakumar di Selangor, bukanlah asing dalam mesyuarat PKR. Pada proses pemilihan jawatan penting pusat, ramai pemimpin PKR yang kecewa kerana telah KENA SAILANG oleh puak Azmin Ali, puak Nurul Izzah, puak Anwar Ibrahim, puak Khalid Ibrahim dan pelbagai puak lagi dalam PKR, membuat keputusan untuk keluar. Malah ada juga yang terus senyap sunyi kerana malu dengan apa yang berlaku dalam PKR.

Gelaran HINDU PARIAH atau PARIAH juga bukanlah asing yang dilabelkan kepada penyokong-penyokong PKR dari masyarakat India. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah mengungkapkan perkataan yang sama kepada Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang sekarang ini sudah keluar dari parti dan pemimpin-pemimpin PKR dari keturunan India lain yang menentangnya.

Berita Penuh DISINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...