Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 13 March 2013

Terkini !!! ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAT DATU SELAMAT TIBA DI LAPANGAN TERBANG SUBANG


Seorang anggota tentera terkorban manakala seorang lagi cedera selepas ditembak kumpulan pengganas Sulu dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati dua pengganas Sulu.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, sewaktu pasukan keselamatan melakukan operasi pembersihan pada pukul 7.45 pagi, telah berlaku pertempuran menyebabkan lima pengganas Sulu berundur.

"Pasukan keselamatan meneruskan penjejakan dan seterusnya berlaku pertempuran kedua di kawasan Kampung Sungai Nyamuk, malangnya seorang anggota keselamatan kita telah gugur," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad; Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Berikutan insiden terbaharu itu, jumlah perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu meningkat kepada sembilan orang.

Zulkifeli seterusnya memberitahu, jenazah anggota berkenaan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk dibedah siasat.

Katanya, pada masa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan lagi operasi pembersihan meliputi Kampung Sungai Nyamuk berhampiran Kampung Tanjung Batu di sini.

Jenazah anggota tentera yang terkorban dan tercedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, dengan menaiki helikopter.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...