Phillipine Enquirer melaporkan sepasukan pembunuh asing telah tiba di Manila dalam misi memburu dan membunuh kepala lanun Sulu, Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Pastor 'Boy' Saycon. Media negara Filipina itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh , Abraham Idjirani yang memberitahu, seorang 'Kolonel tentera asing' tiba di Manila bersama-sama 'empat orang komando' dan turut mengupah tiga orang pembunuhan upahan tempatan untuk membunuh Kiram dan para pengikutnya.
Nampaknya konco-konco kepala lanun Sulu yang hidup senang lenang di Filipina sudah mulai keresahan dan ketakutan. Malaysia akan mewujudkan sebuah mahkamah khas untuk membicarakan lanun-lanun Sulu yang ditangkap. Filipina pula dikatakan sedang giat menjalankan siasatan terhadap Jamalul Kiram III dan Nur Misuari. Manakala Indonesia yang diharapkan oleh lanun-lanun Sulu itu agar memberikan bantuan kepada mereka menerusi tawaran penyerahan Sarawak kepada Indonesia, telah melakukan kawalan ketat di sepanjang sempadan bagi mengelakkan lanun-lanun Sulu berkenaan menggunakan wilayah Indonesia sebagai pangkalan baru untuk melancarkan serangan.
Lagi KLIK SINI
No comments:
Post a Comment