Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 30 April 2013

APA MUSA HASSAN BIKIN NI !!!! HAI ADA APA-APA KEW????



Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat.

Walau bagaimanapun jelasnya, beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan akan membuat perkara sama jika dijemput oleh Barisan Nasional (BN).


Musa menegaskan keputusan dibuat atas dasar kebimbangan beliau terhadap keganasan politik menjelang pilihan raya umum, 5 Mei nanti.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik...Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius,” kata Musa.

Sidang media itu juga disertai bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bharu.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Musa sebelum ini dikaitkan dengan pembangkang apabila mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam urusan polis sekali gus mengganggu urusan pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," kata beliau.

Namun apabila ditanya sama ada beliau mahu menyertai politik, Musa berkata beliau tidak berminat.


Admin juga difahamkan.... Beliau menyatakan tiada sebarang perlantikan beliau sbg Penasihat Majlis Keselamatan tersebut. Beliau hanya di panggil oleh Jen Hashim utk memberikan pandangan berkaitan aspek keselamatan pilihanraya dan sekadar memberi kenyataan umum sbg ex-IGP bhw kesemua parti bertanding perlu menjaga kelakuan penyokong dan melapor kpd polis sekiranya ternampak apa2 perbuatan jenayah pilihanraya. Di tanya wartawan samada beliau akan memberikan nasihat bila di minta mana2 pihak berkaitan keselamatan, beliau pasti menjawab YA. Kenyataan umum ini BUKAN bermaksud beliau menyokong PR. Beliau bersetuju kenyataan beliau telah di manipulasikan utk kepentingan PR dan beliau akan membuat sidang media khas utk menjelaskan hal ini. 


Beliau juga menafikan bersetuju dgn "kenyataan bersama" yg di baca Jen Hashim krn beliau tidak pernah di rujuk sblm Jen Hashim membuat kenyataan tersebut. Itu adalah kenyataan peribadi Jen Hashim dan tiada kaitan dgn beliau

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget