Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam
penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya,
hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.
Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya
ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul
Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.
Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun
Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar
sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.
Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan
kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana
sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa
pemilihan parti tersebut.
Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan
wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti
PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.
Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat
pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk
meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang
kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam
proses pengundian.
Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang
berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard
didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau
sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.
Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa
penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih
'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?
Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh
serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan
biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan
memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.
Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi
di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan
membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.
Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.
LAGI SINI
No comments:
Post a Comment