Pihak polis Sweden menemui dadah dan sejenis senjata dalam bas jelajah Justin Bieber semasa menggeledah bas yang diletakkan berdekatan lokasi konsert Bieber di Stockholm pada Rabu.
Polis Sweden bertindak menyiasat bas tersebut selepas terhidu bau dadah jenis marijuana, namun tiada sesiapa ditahan berikutan bas itu didapati kosong semasa digeledah.
Sejurus itu, Bieber dilaporkan meninggalkan Sweden sekitar tengah hari, Khamis untuk persiapan konsert seterusnya di Finland pada Jumaat.
Ini merupakan insiden terbaru yang melibatkan ranka jelajah Eropah Bieber selepas beberapa siri kontroversi terhadapnya.
Semasa di London, penyanyi berusia 19 tahun itu muncul lewat dua jam di pentas selain pengsan di belakang pentas pada hari berikutnya.
Di Jerman pula, dia terpaksa meninggalkan monyet peliharaannya di tempat kuarantin susulan tiada surat pelepasan untuk membawa haiwan masuk.
Manakala semasa di Netherlands, Bieber dikritik kerana menulis mesej agar Anne Frank menjadi peminat setianya semasa melawat muzium tokoh bersejarah itu.
No comments:
Post a Comment