Disaat Anwar
Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar
pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat
didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.
Menariknya,
pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia
didedahkan sendiri oleh ‘orang kuat’ Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham
Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.
Didalam video
dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh
di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi
perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.
Chegu Bard
sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar
serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu
Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.
Dan Chegu Bard
juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta
jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang
disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.
Rakyat Malaysia
khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh
Chegu Bard ini sebagai satu ‘turning point’ untuk meninggalkan Anwar.
Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol
dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.
Walhal yang
sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam
PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video
ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi
mangsa penipuan Anwar tersebut.
Jadi, jika
pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan
licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih ‘hijau’
dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?
Dan pengundi di
seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai
Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia
munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat
dimasa hadapan.
Cukup-cukuplah
dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah
Pala. Jangan biarkan ‘pisang berbuah dua kali’ dengan membiarkan
konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR
dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.
Pisau kata ” hang sendiri kata Anwar penipu…”
No comments:
Post a Comment