Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 3 April 2013

Gempar !!! Laknat nya sumpah Saiful Bukhari???


Lafaz sumpah itu adalah saperti berikut:

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya kedalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH swt sehingga ke kiamat".

Lafaz sumpah laknat itu disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Ustaz Romlan Porigi. Turut hadir menemani Saiful dengan baju Melayu muda bersamping kotak ialah ayah Saiful sendiri Azlan Mohd. Lazim. Selepas mendengar dengan setia lafaz sumpah laknat itu, Azlan Mohd. Lazim bersalaman dengan anaknya Saiful, kemudian memeluk Saiful dengan penuh erat tanda sokongan dan keredhaan!

Hampir lima tahun berlalu! Tau-tau  hari Jumaat 08 Mac 2008, genap 5 tahun PRU 12, Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan menyatakan bahawa "saya percaya anak saya Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas YAB PM Khairil Annas Jusoh. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya".

Azlan seterusnya membuat permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim. Agak memusykilkan kerana sidang media Azlan hanya dihadiri media pro-pembangkang. Media arus perdana langsung tidak kelihatan. Mengikut maklumat yang diberi, media arus perdana tidak dijemput.

Dan bertambah menimbulkan persoalan ialah kehadiran orang kanan Anwar iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR (Sg. Petani). Apatah lagi kenyataan Azlan Mohd. Lazim dibuat setelah hampir 5 tahun berlalu, dan dibuat dalam keadaan PRU 13 sudah begitu hampir.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kemelut pencerobohan dan serangan penjenayah Kiram III daripada Filipina sehingga melakukan pembunuhan kejam terhadap pasukan keselamatan Malaysia, dan pencerobohan itu dikaitkan dengan pimpinan pembangkang Malaysia saperti yang didedahkan oleh media Filipina sendiri.

Baca Lagi SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...