Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 3 April 2013

Villa Terapung satu Tarikkan Baru Negeri Perak..


villa terapung
IPOH – Resort terapung dengan pelaburan berjumlah RM200 juta akan dibina di Damai Laut, yang akan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan paling menarik berasaskan mesra alam yang terletak di Mukim Laut, Manjung.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir berkata, sebanyak 300 unit villa terapung akan dibangunkan melalui projek tersebut di lokasi berhadapan Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.

“Projek ini diberi nama Sea Villa dan berkonsepkan villa terapung dengan bentuk kelapa sawit, ia dijangka siap pada 2016 dan apabila siap nanti ia akan menjadi destinasi pelancongan baru Perak.

“Ia akan menjadi pelengkap kepada matlamat menjadikan negeri Perak sebagai destinasi yang unggul dan terkemuka di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Kerajaan Negeri diwakili
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Damai Laut Golf Resort Sdn Bhd diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusannya, Andrew Wong.

Pelancong yang bakal menginap di Sea Villa bakal merasai pengalaman penginapan unik kerana ia dilengkapi dengan kemudahan spa, gimnasium, kolam renang serta aktiviti rekreasi yang lain.

Daerah Manjung terkenal dengan jolokan Bandar Pelancongan dan Maritim kerana keadaan topografinya yang berbukit dan berhutan paya dengan flora dan fauna menjadi antara aset pelancongan penting daerah ini.

Dengan deretan kira-kira 43 produk pelancongan yang meliputi sumber alam semula jadi, sumber buatan, sejarah, sumber pertanian dan sukan serta rekreasi, daerah ini menjadi antara pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...